Agensi khidmat sosial tingkatkan sokongan setelah jumlah warga emas tinggal sendirian kian meningkat
Agensi-agensi khidmat sosial menyatakan walaupun jumlah warga emas yang tinggal bersendirian kini semakin meningkat, ramai yang berbuat demikian atas pilihan sendiri.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi-agensi khidmat sosial menyatakan walaupun jumlah warga emas yang tinggal bersendirian kini semakin meningkat, ramai yang berbuat demikian atas pilihan sendiri.
Ini kerana mereka lebih memilih untuk hidup secara berdikari.
Lantaran itu, beberapa agensi kini sedang meneliti cara-cara untuk memadankan mereka dengan program yang sesuai bagi memastikan warga emas, baik yang ada sekarang mahupun pada masa hadapan, kekal aktif.
Menurut data terkini oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), golongan berusia 55 tahun ke atas membentuk majoriti isi rumah tunggal.
Salah seorang daripadanya adalah Cik Sereena Joy Osman.
Pada zaman mudanya, Cik Sereena tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti, beliau akan hidup sendirian.
Namun apabila ibunya meninggal dunia 14 tahun lalu, itulah realiti kehidupannya.
Kini pada usia 68 tahun, pesara tersebut berkata beliau tidak berasa sunyi walaupun hidup sendirian di flat HDBnya di Clementi.
"Perancangan sangat penting dan perlu tahu keutamaan, kerana selepas saya bersara, ada terlalu banyak aktiviti. Anda ingin lakukan semuanya, tetapi masa tidak mencukupi.
"Jadi apa yang paling penting bagi anda? Nombor satu ialah keluarga. Nombor dua adalah kawan-kawan," kata Cik Sereena.
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, Cik Sereena boleh mendapatkan bantuan daripada jiran tetangganya.
Tinjauan sampel isi rumah terkini oleh HDB menunjukkan peratusan isi rumah tunggal - iaitu yang hanya ada seorang penghuni sahaja - meningkat lebih seganda sejak 2003 kepada sekitar 16 peratus.
Golongan berusia 55 tahun ke atas merangkumi hampir 75 peratus daripada isi rumah tunggal tersebut.
Sungguhpun begitu, agensi-agensi khidmat sosial yang ditemui menyatakan bilangan itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan dan sistem sokongan sedia ada mampu menjaga kebajikan golongan warga emas.
Ramai antara mereka sebenarnya memilih untuk tinggal sendirian.
Malah, bagi salah seorang daripada mereka, serangan angin ahmar juga tidak menjadi penghalang.
"Sebab sebelum ini saya tinggal dengan ibu dan kakak saya. Selepas itu saya rasa saya ingin tinggal sendirian, secara berdikari. Bila saya bosan, saya akan turun berjumpa kawan. Saya bergerak ke mana-mana dengan kerusi roda saya," kata pesara Henry Tan.
Individu seperti Encik Tan merangkumi kira-kira 14 peratus daripada penerima manfaat Lions Befrienders.
"Penuaan dengan adanya rangkaian bermakna mereka yang sihat dan aktif akan terus membentuk kumpulan minat atau mencari aktiviti sendiri.
"Bagi mereka yang kurang proaktif, pusat-pusat penuaan aktif seperti Lions Befrienders akan menyusun program, membawa mereka dengan bas, semuanya dikendalikan oleh sukarelawan warga emas sendiri, supaya mereka menikmati kualiti hidup yang baik," kata Pengarah Eksekutif Lions Befrienders, Karen Wee.
Agensi khidmat sosial itu turut memanfaatkan panggilan telefon kecerdasan buatan (AI) untuk memantau kebajikan warga emas dan memadankan mereka dengan aktiviti-aktiviti mengikut minat masing-masing.
Dengan jumlah warga emas yang tinggal sendirian dijangka terus meningkat, agensi-agensi perkhidmatan sosial turut menilai semula pendekatan mereka untuk melibatkan generasi warga emas seterusnya.
Ini termasuk membentuk semula ruang sedia ada.
"Kebanyakan ruang yang kita lihat, yang sepatutnya menjadi ruang ketiga bagi warga emas, direka khusus mengikut umur.
"Ia tidak menggalakkan mereka masuk kecuali jika ada keperluan. Tetapi apa yang kami harapkan ialah menyediakan ruang yang mereka mahu kunjungi sebagai ruang ketiga dalam masyarakat, supaya mereka boleh melangkah keluar dari rumah dan menjadi sebahagian daripada ruang ini, dan sekali gus menangani isu pengasingan sosial," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Khidmat Sosial Masyarakat, Presbyterian, Andrew Lim.
Bagi warga emas seperti Cik Sereena, memilih dan menghabiskan masanya mengikut caranya sendiri memberikannya ruang untuk bermuhasabah, sekali gus mengubah pengalaman itu menjadi kekuatan diri.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.