Agensi khidmat sosial perlu ganding bahu tangani isu rumit masyarakat, gesa Presiden Halimah
"Para pemimpin sektor awam, swasta dan khidmat masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari cara yang mampan untuk memperkukuhkan ekosistem khidmat sosial kita," pesan Presiden Halimah.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata sektor khidmat sosial perlu mengubah cara operasinya untuk menyediakan pelbagai khidmat bagi menangani isu-isu sosial yang semakin rumit.
Presiden Halimah juga menarik perhatian tentang perlunya agensi-agensi berganding bahu, terutamanya dengan sumber yang terhad.
Puan Halimah beramah mesra dengan 40 pemimpin daripada sektor tersebut secara online pada Khamis (16 Sep), sebagai sebahagian daripada program anjuran Majlis Kebangsaan bagi Khidmat Sosial.
Dalam pada itu, beliau menggesa para karyawan dalam sektor tersebut supaya menjaga kebajikan dan kesihatan mental masing-masing.
Ini sedang para kakitangan tersebut berdepan dengan permintaan yang meningkat bagi khidmat sosial di tengah-tengah pandemik.
"Para pemimpin sektor awam, swasta dan khidmat masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari cara yang mampan untuk memperkukuhkan ekosistem khidmat sosial kita," pesan Presiden Halimah.
"Pemimpin muda seperti anda semua juga boleh memainkan peranan, dengan meneroka peluang silang agensi atau silang sektor yang akan menjana sinergi dan lebih banyak manfaat buat penerima khidmat."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.