Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi Jagaan Bersepadu lantik Duta Generasi Warga Emas bantu jadi lebih mahir alam digital

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pendekatan Singapura terhadap jagaan pencegahan kini menjadi tanggungjawab penduduknya dengan aplikasi mudah alih menawarkan akses mudah kepada pengurusan kesihatan.

Namun dengan Singapura berdepan dengan penduduk semakin menua, hanya seorang daripada setiap lima warga emas menggunakan app seperti HealthHub.

Bagi menggalak lebih ramai warga emas menggunakannya, mereka percaya lebih banyak pilihan bahasa dan pengalaman pengguna lebih baik, boleh membantu.

Lebih 190,000 warga emas sudah dibimbing kemahiran asas digital oleh Penguasa Pembangunan Infokom dan Media (IMDA).

Kecelikan digital juga menjadi program asas bagi warga emas yang menghadiri Pusat Penuaan Aktif.

Di pusat itu, para sukarelawan menggalak warga emas menggunakan teknologi setiap hari dengan cara yang dipermudah.

Dan walaupun pusat sedemikian memainkan peranan besar untuk mendampingi warga emas, usaha di lapangan untuk mendampingi warga emas yang tinggal bersendirian juga penting.

Untuk itu, para Duta Generasi Warga Emas (SGA) dilantik Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC).

Para sukarelawan ini akan memaklumkan warga emas tentang dasar dan insiatif yang relevan serta mengajar mereka selok-belok kemahiran digital.

Dengan tumpuan terhadap jagaan kesihatan pencegahan, kami sebenarnya merubah kaedah pendampingan kami kepada lawatan kesihatan pencegahan. Jadi melalui lawatan-lawatan ini, SGA kami mendampingi warga emas kita dengan memberitahu mereka tentang pelbagai program penuaan aktif yang ada," kata Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Relawan Jacqueline Au Yong.

AIC juga bekerjasama dengan kumpulan seperti Youth Corps Singapore untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan mendampingi warga emas.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan