Skip to main content

Singapura

Agensi baru Sains dan Teknologi Home Team HTX rasmi ditubuhkan 1 Dis

Agensi Sains dan Teknologi Home Team yang baru (HTX) akan secara rasmi ditubuhkan pada 1 Disember ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi baru Sains dan Teknologi Home Team HTX rasmi ditubuhkan 1 Dis

Seorang pegawai polis memakai kaca mata bijak yang bergantung kepada realiti tambahan yang mungkin digunakan dalam latihan siasatan jenayah pada masa depan. (Gambar: Akademi Home Team menerusi CNA)

Diterbitkan : 20 Nov 2019 06:28PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 06:29PM

SINGAPURA: Agensi Sains dan Teknologi Home Team yang baru (HTX) akan secara rasmi ditubuhkan pada 1 Disember ini.

Kementerian Dalam Negeri (MHA) melantik 13 ahli lembaga agensi tersebut dengan setiap seorang berkhidmat bagi penggal tiga tahun.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan penubuhan HTX awal tahun ini.

Agensi tersebut bertujuan membangunkan keupayaan sains dan teknologi untuk memenuhi cabaran keselamatan yang kian berubah-ubah.

Lembaga HTX akan membantu membimbing strategi dan rancangan yang menyokong pasukan Home Team.

Setiausaha Tetap MHA merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Chew Hock Yong akan menjadi pengerusi lembaga tersebut.

Para ahli lain termasuk pemimpin industri teknologi Janet Ang serta para ahli akademik seperti Profesor Chong Tow Chong dari NUS. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita