Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi antidadah mahu gembleng tenaga dengan lebih banyak rakan sokong

Agensi antidadah mahu menggembleng tenaga dengan lebih banyak rakan sokong dalam usaha membanteras dadah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi antidadah mahu menggembleng tenaga dengan lebih banyak rakan sokong dalam usaha membanteras dadah. 

Ia termasuk menyebarkan mesej antidadah kepada para belia menerusi pendekatan baru.

Ini sedang situasi dadah di peringkat global dan serantau terus menimbulkan cabaran untuk Singapura.

Kempen dinamakan "What's Your Fix?" misalnya adalah satu kerjasama antara Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) bersama platform kandungan Vidsee.

Lebih banyak rakan sokong seperti mereka diseru agar tampil berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk membanteras dadah.

"Dengan cabaran-cabaran baru di hadapan, kita mesti mempertimbangkan langkah seterusnya untuk mengukuhkan usaha antidadah. Kita perlu memikirkan cara-cara kreatif untuk menyampaikan mesej menerusi platform-platform media sosial dan memudahkan perbualan terutama dengan belia," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhmmad Faishal Ibrahim. 

Satu saluran penting untuk meraih sokongan masyarakat adalah Rangkaian Advokasi Penyalahgunaan Antidadah atau A3 yang diuruskan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan NCADA. 

Antara sukarelawan yang diberi penghargaan dalam satu majlis jamuan pada Sabtu (28 Jan) ialah Encik Saini Daipi, 47 tahun.

Beliau pengasas kumpulan peminat motosikal Goodwheelz Bikerz yang sering mengambil bahagian dalam kerja-kerja amal. 

Encik Saini juga menyertai kempen Dadah Itu Haram pada pertengahan 2018 dan melakukan usaha-usaha mendekati orang ramai bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah dalam kalangan masyarakat. 

"Saya selalu pergi ke masjid selepas solat Jumaat kita akan beri pesanan bahawa dadah itu haram, kalau boleh jauhi daripada dadah dan juga kita pergi ke beberapa kedai makan terutama seperti di Geylang Serai ataupun di kedai-kedai yang ramai orang Melayu kita kunjungi." kata Encik Saini. 

Selain rangkaian A3, usaha antidadah juga disokong oleh Perikatan Bersatu Menentang Dadah dengan kerjasama Institut Pengajian tinggi, kumpulan masyarakat, agensi awam dan badan swasta.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan