Agensi-agensi pelancongan di SG kekurangan pekerja, kenderaan sedang jumlah pelancong kembali pada paras sebelum pandemik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Kedatangan para pelancong China ke Singapura meningkat kepada paras sebelum pandemik, dan tiada sebarang tanda ia akan perlahan.
Buat pertama kali sejak Januari 2020, jumlah pelancong dari China melepasi paras 200,000 orang bulan lalu, demikian menurut angka terbaru oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) yang dikeluarkan awal bulan ini.
Meskipun kedatangan pelancong yang meningkat menandakan lebih banyak peluang perniagaan bagi agensi-agensi pelancongan, banyak syarikat dalam industri tersebut masih belum meraikan berita gembira itu.
Mereka sedang berdepan masalah besar disebabkan kekurangan bas dan pemandu persiaran.
KEKURANGAN SUMBER
Encik Jeremy Ng, pengarah pengurusan Sea Wheel Travel, memberitahu Mediacorp: "Kami menjual banyak kenderaan lama semasa pandemik dan kini kami ingin mengembangkan jumlah kenderaan kami, namun tidak dapat melakukannya disebabkan kos yang tinggi.
"Sekiranya kami mampu menampung kos tersebut, kami mungkin tidak mempunyai pemandu untuk memandu kenderaan yang baharu dibeli."
Apabila pandemik COVID-19 melanda pada awal 2020, ramai pemandu syarikat itu bekerja sebagai pemandu bas awam atau kenderaan privet, ada yang bekerja di sektor lain seperti teknologi maklumat (IT), dan tidak kembali untuk bekerja dengan syarikat itu, kata Encik Ng.
Encik Ng menambah bahawa gaji yang dibayar dalam sektor pelancongan tidak dapat bertanding dengan sektor lain seperti IT.
Syarikat Encik Ng yang kebanyakannya menerima pelanggan China, menyaksikan peningkatan pelancong sebanyak 30 peratus sejak China membuka sempadannya pasca COVID pada Mac tahun ini.
Pelancong China membentuk jumlah terbesar, iaitu lebih dari 231,000 pelancong, atau lebih dari 16 peratus yang tiba bulan lalu, menurut catatan STB.
Jumlah tersebut merupakan 60 peratus jumlah kedatangan pada Julai 2019, sebelum pandemik, apabila 390,000 pelancong China melawat Singapura.
Ejen pelancongan memberitahu Mediacorp bahawa jumlah tersebut akan terus meningkat.
KEMBALI KE PARAS SEBELUM COVID
Encik Ng memberitahu Mediacorp bahawa syarikatnya tidak mempunyai kakitangan yang cukup dan hanya mampu menguruskan antara 60 hingga 70 peratus perniagaan yang pernah ia terima sebelum pandemik.
Dia menarik perhatian bahawa beberapa hotel dan tempat tarikan juga tidak mampu beroperasi sepenuhnya disebabkan kekangan kakitangan.
Encik Ng menambah bahawa agensi-agensi pelancongan seperti syarikatnya tidak dapat menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyelesaikan masalahnya. Ini disebabkan para pelancong ingin kehadiran dan sentuhan manusia.
Agensi pelancong yang membawa pelancong dari negara-negara lain juga berdepan masalah yang serupa.
Sebahagian daripada mereka terpaksa menyewa bas dan mengupah pemandu dari syarikat lain untuk memenuhi permintaan.
Untuk mengatasi isu pengangkutan, agensi pelancongan menyatakan mereka berharap untuk mendapatkan lebih banyak kuota untuk pemandu asing.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.