AGC tidak akan dakwa ahli niaga Lum Kok Seng berkait kes Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Lum Chang Holdings 2010 annual report, Marcus Mark Ramos/CNA)
SINGAPORE: Pihak pendakwa tidak akan mengemukakan sebarang tuduhan terhadap ahli perniagaan Lum Kok Seng, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (4 Okt).
AGC sebelum ini menyatakan bahawa ia akan "membuat keputusan berhubung siasatan terhadap Encik Lum" selepas selesai kes Encik Iswaran.
Encik Lum dinamakan sebagai salah seorang daripada dua ahli perniagaan dalam tuduhan-tuduhan terhadap Encik Iswaran. Seorang lagi ialah taikun hotel Ong Beng Seng.
Encik Lum ialah pengarah urusan Lum Chang Holdings yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX), yang mempunyai anak syarikat dalam bidang binaan, pembangunan hartanah dan pelaburan.
Di bawah tuduhan-tuduhan yang dihadapi Encik Iswaran, mantan menteri pengangkutan itu memperoleh barangan daripada Encik Lum antara November 2021 dan November 2022.
Barang-barang itu adalah:

- Empat botol wiski Gordon & MacPhail Caol Ila bernilai S$1,084.46
- 14 botol wiski dan wain bernilai S$3,255.75
- Kayu golf TaylorMade bernilai S$749
- Dua botol wiski Gordon & MacPhail Caol Ila bernilai S$542, 23
- Satu set kayu golf Honma Beres BE-08 Black AQ MX bernilai S$4,420
- Sebuah basikal Brompton T Line bernilai S$7,907,50
- Dua botol wiski M&H Elements Sherry Cask bernilai S$198
- Kayu golf Scotty Cameron Phantom dan dua peralatan golf bernilai kira-kira S$800
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.