Skip to main content

Singapura

AGC henti prosiding terhadap peguam M Ravi bagi dakwaan fitnah Menteri Undang-Undang

Pejabat Peguam Negara (AGC) menghentikan prosiding jenayah dan mengeluarkan amaran bersyarat terhadap peguam Ravi Madasamy, yang lebih dikenali sebagai M Ravi, atas dakwaan memfitnah Menteri Undang-Undang K Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:
AGC henti prosiding terhadap peguam M Ravi bagi dakwaan fitnah Menteri Undang-Undang

(Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 04:09PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 04:12PM

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) menghentikan prosiding jenayah dan mengeluarkan amaran bersyarat terhadap peguam Ravi Madasamy, yang lebih dikenali sebagai M Ravi, atas dakwaan memfitnah Menteri Undang-Undang K Shanmugam.

Keputusan itu diambil menyusuli "pertimbangan teliti" perwakilan oleh peguam bela Encik Ravi, kata AGC dalam kenyataan media pada Rabu (3 Mac).

Encik Ravi dituduh memfitnah Encik Shanmugam dengan menukil dakwaan bahawa Menteri Undang-Undang "memberi arahan dan mengawal" serta "mempunyai pengaruh" ke atas Hakim Besar. Beliau membuat dakwaan tersebut dalam catatan Facebook pada 6 November tahun lalu.

AGC menyatakan pihaknya memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding jenayah dengan syarat Encik Ravi menerima amaran bersyarat 24 bulan untuk kesalahan itu; memadamkan catatan Facebook berkenaan; dan menerbitkan kenyataan maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi tuduhan tersebut.

"Setakat 25 Februari, Encik Ravi telah memadamkan catatan tidak menyenangkan itu. Encik Ravi juga telah menerbitkan permohonan maaf dan janji bertulis, dengan menerima bahawa tuduhan di catatan tidak menyenangkan itu adalah palsu dan tidak berasas langsung," kata AGC.

"Beliau juga berjanji untuk tidak menerbitkan sebarang kenyataan lanjut mengenai isu ini, atau membuat tuduhan yang sama atau serupa, dengan cara apa pun.

"Pada 3 Mac, tuduhan itu ditarik balik atas pelepasan yang tidak setara pembebasan. Sekiranya Encik Ravi melanggar sebarang syarat amaran, tuduhan terhadapnya mungkin dikenakan semula."

Encik Ravi membuat permohonan maaf "tanpa syarat" kepada Encik Shanmugam bagi kenyataannya dalam satu catatan Facebook pada 25 Februari.

"Saya sekarang mengakui bahawa tuduhan itu adalah palsu dan tidak berasas langsung," katanya ketika itu.

Encik Ravi ialah peguam hak asasi manusia terkemuka dari Carson Law Chambers yang telah mewakili beberapa pesalah yang menjalani hukuman mati.

Pada Oktober, beliau berjaya mencabar hukuman mati pengedar dadah Gobi Avedian, tetapi kemudian memberikan wawancara kepada Online Citizen Asia yang dibantah AGC.

Selepas Encik Ravi gagal meminta maaf dan menarik balik tuduhan yang dikatakan memberi gambaran AGC bertindak dengan niat buruk atau jahat, AGC memfailkan aduan tatatertib kepada Persatuan Undang-Undang Singapura atas kemungkinan salah laku profesionalnya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita