Skip to main content

Singapura

AGC gesa mahkamah isytiharkan Raymond Ng, Iris Koh sebagai litigan salah guna proses mahkamah

AGC mendakwa Iris Koh dan Raymond Ng menyalahgunakan proses mahkamah sebagai 'lawfare', manakala peguam dilantik mahkamah menyifatkan arahan menghalang mereka memfailkan saman sebagai tidak adil.

Anggaran Waktu Membaca:
 AGC gesa mahkamah isytiharkan Raymond Ng, Iris Koh sebagai litigan salah guna proses mahkamah

Raymond Ng Kai Hoe (kanan) dan isterinya, Iris Koh, tiba di Mahkamah Tinggi pada 15 Julai 2026. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)

Diterbitkan : 15 Jul 2026 11:36PM
SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) memohon Mahkamah mengisytiharkan Iris Koh dan suaminya, Raymond Ng, sebagai litigan yang menyalahgunakan proses mahkamah serta menghalang mereka daripada memulakan tindakan undang-undang baharu tanpa kebenaran mahkamah.

Jika permohonan itu diluluskan, semua saman sivil yang masih berjalan boleh dihentikan dan pasangan itu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan sebarang tindakan undang-undang baharu.

AGC berhujah, pasangan itu menyalahgunakan proses keadilan sivil dengan memfailkan pelbagai saman, termasuk kes fitnah, bagi tujuan sampingan dan menjadikan litigasi sebagai sumber pembiayaan melalui kutipan dana awam.

Menurut AGC, pasangan berkenaan telah memfailkan beberapa tindakan undang-undang tanpa asas munasabah secara berterusan, sekali gus memenuhi syarat di bawah Seksyen 74 Akta Kehakiman Mahkamah Agung untuk diisytiharkan sebagai litigan yang menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam yang dilantik mahkamah bagi mewakili pasangan itu pula berhujah bahawa perintah yang dikeluarkan AGC adalah tidak adil dan menjejas hak mereka untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah.

Sebagai alternatif, AGC turut memohon perintah sekatan sivil selama dua tahun yang menghalang mereka daripada memulakan sebarang tindakan atau permohonan sivil tanpa kebenaran mahkamah.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita