Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Afifah Munirah pelajar cemerlang, ketua Pandu Puteri 'sangat dihormati' di Sekolah Menengah Perempuan Cedar

Anggaran Waktu Membaca:
Afifah Munirah pelajar cemerlang, ketua Pandu Puteri 'sangat dihormati' di Sekolah Menengah Perempuan Cedar

Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril dikenang sebagai pelajar cemerlang. (Gambar: Sekolah Menengah Perempuan Cedar/Facebook)

SINGAPURA: Mangsa korban nahas di Tampines, Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, seorang pelajar cemerlang dan ketua Pandu Puteri yang "sangat dihormati" di Sekolah Menengah Perempuan Cedar sebelum ini.

Pencapaian dan jasa beliau itu cukup luar biasa sehinggakan pihak sekolah menengahnya berkongsi sedikit sebanyak tentang Allahyarhamha Afifah bersama para pelajar lain dalam satu perhimpunan pagi tadi (23 Apr).

Pelajar berusia 17 tahun itu tamat pengajian di Sekolah Menengah Perempuan Cedar pada tahun lalu. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Maktab Rendah Temasek.

"Dengan rasa berat hati, kami meratapi pemergian anggota keluarga Cedar yang kami kasihi, Afifah Munirah daripada Kelas 2023, salah satu graduan cemerlang Pandu Puteri," tulis sekolah itu di media sosial.

Mereka juga bertafakur selama seminit buatnya.

"Ucapan takziah sedalam-dalamnya buat keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenalinya," tambah Sekolah Menengah Cedar.

Allahyarhamha Afifah salah satu korban nahas yang berlaku pada Isnin (22 Apr) di persimpangan antara Tampines Avenue 1 dengan Tampines Avenue 4.
Menurut kemas kini bapa saudaranya menerusi catatan Facebook pada sekitar 10.40 pagi tadi, jenazahnya masih di rumah mayat. Waktu beliau akan dibawa pulang belum dikongsikan semasa catatan itu ditulis.

Allahyarhamha bagaimanapun dikatakan akan dibawa pulang ke Blk 760 Pasir Ris St 71.

Seorang lagi korban nahas dikenal pasti sebagai Allahyarhamha Norzihan Juwahib. Beliau wanita berusia 57 tahun yang berada dalam sebuah van semasa kemalangan berlaku.

Kesemuanya enam kenderaan terlibat dalam kemalangan: Empat kereta, sebuah van dan sebuah bas mini.

Polis menyatakan seorang pemandu kereta lelaki berusia 42 tahun sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada sekitar 7.05 pagi semalam (22 Apr).
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan