Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aduan polis dibuat terhadap Pengarah Kewangan PERSISI setelah kejanggalan dikesan dalam soal bayaran gaji

Satu aduan polis dibuat terhadap Pengarah Kewangan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) selepas ada kejanggalan dikesan berkaitan bayaran gaji kepada beberapa orang jurulatih.

Anggaran Waktu Membaca:
Aduan polis dibuat terhadap Pengarah Kewangan PERSISI setelah kejanggalan dikesan dalam soal bayaran gaji

Petikan dari Facebook.

Diterbitkan : 25 Feb 2023 02:34PM Dikemas Kini : 25 Feb 2023 02:50PM

SINGAPURA: Satu aduan polis dibuat terhadap Pengarah Kewangan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) selepas ada kejanggalan dikesan berkaitan bayaran gaji kepada beberapa orang jurulatih.

Dalam kenyataannya pada Sabtu (25 Feb) Sport Singapore (SportSG) menyatakan baru-baru ini ia menerima maklum balas yang mendakwa berlaku amalan kewangan tidak wajar di PERSISI.

Setelah melakukan siasatannya sendiri, SportsSG mendapati ada "sebab yang amat menimbulkan keprihatinan serius".

SportsSG yang berada di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia kemudian mengadakan pertemuan dengan PERSISI bagi memaklumkan hasil siasatannya. Ia membawa kepada tindakan selanjutnya.

PERSISI mengesahkan pada Sabtu (25 Feb) ia telah membuat aduan polis terhadap Pengarah Kewangan persekutuan itu dua hari sebelumnya. Individu itu, yang tidak didedahkan namanya, telah digantung khidmatnya.

"PERSISI akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatannya," menurut persekutuan itu.

"Kami juga akan bekerja rapat dengan SportSG bagi mengurangkan kesan daripada kejadian ini terhadap jurulatih dan atlet silat. Semasa tempoh ini, kami akan terus memberikan sokongan kepada para atlet dalam latihan dan pertandingan mereka.

PERSISI menambah ia akan "mengambil peluang ini untuk menyemak proses dalaman dan mengukuhkan sistemnya".

SportSG pula menyatakan ia akan bekerjasama dengan PERSISI bagi memastikan latihan dan pertandingan para atlet silat tidak terjejas oleh kejadian itu.

Kedua-dua PERSISI dan SportSG menambah bahawa memandangkan kes masih dalam siasatan, mereka tidak boleh memberi butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan