Aduan polis dibuat berkait insiden buli pelajar Sekolah Menengah Bukit View
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu laporan polis sudah dibuat ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Bukit View (BTVSS) yang didakwa dibuli dalam video yang tular di TikTok pada Ahad (15 Sep).
Seorang pelajar BTVSS dilihat terjatuh selepas ditendang dari belakang oleh seorang lagi pelajar, dalam rakaman video yang tular, sebelum ia dipadam.
Rakaman tersebut juga menunjukkan mangsa menangis kesakitan, sedang pelajar lain mengejeknya.
Insiden itu berlaku di sebuah kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan melibatkan sekurang-kurangnya lima pelajar lain.
Dalam respons kepada soalan daripada Mediacorp, pengetua BTVSS Jaswant Singh berkata pada Isnin bahawa sekolah tersebut tidak menerima sama sekali sebarang perbuatan buli dan ia memandang "serius kelakuan buruk seperti itu".
Encik Singh menambah bahawa sekolahnya tahu tentang video yang tular itu.
"Insiden tersebut, yang berlaku di luar kawasan sekolah pada Oktober 2023, tidak dilaporkan kepada sekolah ketika itu," kata Encik Singh.
"Susuli penyebaran video itu, pihak sekolah segera memeriksa keadaan pelajar itu, yang tidak melaporkan sebarang kecederaan ketika itu."
BTVSS akan menjalankan sesi kaunseling bagi pelajar yang terlibat dan mengambil tindakan tatatertib jika perlu. Sekolah itu menambah bahawa aduan polis sudah dibuat oleh ibu bapa mangsa.
BULI TIDAK BOLEH DITERIMA: MOE
Dalam respons kepada soalan yang difailkan di parlimen oleh mantan Anggota Parlimen (AP) dari Parti Pekerja (WP) Leon Perrera mengenai dasar antibuli dan antibuli siber di sekolah rendah dan menengah, Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan pada 2021 bahawa ia memandang serius terhadap sebarang bentuk buli, termasuk buli siber dan buli disebabkan jantina.
"Semua sekolah menyampaikan mesej yang jelas kepada pelajarnya bahawa buli tidak boleh diterima dan tidak mempunyai tempat dalam sekolah kita," tambah MOE.
"Sekolah memantau keadaan dan disiplin sekolah dengan teliti, dan mengambil langkah-langkah mendidik, mencegah dan campur tangan untuk menangani insiden buli."
Apabila pembuli dilaporkan, seorang anggota sekolah yang dilatih akan menyiasat dan memberi bantuan kaunseling bagi pelajar yang terlibat dan menentukan tindakan tatatertib yang wajar, dedah MOE.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.