Aduan diskriminasi di tempat kerja berkurangan; catat purata 315 kes setahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah aduan diskriminasi di tempat kerja berkurangan sejak beberapa tahun lalu kepada purata 315 kes setiap tahun.
Aduan-aduan itu lazimnya berhubung isu-isu seperti kewarganegaraan, usia dan kaum.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Dr Koh Poh Koon memberi kemas kini tersebut dalam satu perbahasan Parlimen mengenai perundangan keadilan di tempat kerja.
Beliau menambah akan ada langkah-langkah melindungi para pekerja yang bersuara, lebih-lebih lagi daripada tindak balas para majikan.
Ini termasuklah hukuman tambahan terhadap majikan yang kerap mengulangi kesalahan berkenaan.
Ditanya tentang mengenakan hukuman lebih berat sebagai langkah pencegahan, Dr Koh menjawab, langkah itu sedang dibincangkan.
"Kita perlu lihat juga bagaimana kita boleh mendidik para majikan supaya tempat kerja menjadi lebih sesuai, yang juga memenuhi pelbagai keperluan pekerja mereka," kata Dr Koh.
"Setakat ini, hukuman yang akan dimasukkan ke dalam perundangan akan dinilai berdasarkan apa dan tahap mana kesalahan tertentu dalam soal diskriminasi. Dan saya rasa apabila perundangan tersebut dibentangkan untuk perbincangan dalam Parlimen, anda akan jelas tentang apakah tahap-tahap hukuman yang mungkin dikenakan," tambahnya.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.