Aduan bunyi bising kekal punca utama pertikaian jiran tetangga
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Aduan terhadap bunyi bising membentuk 66 peratus daripada pertikaian antara jiran pada separuh pertama tahun ini, naik daripada 59 peratus pada 2021.
Ia kekal sebagai punca utama pertikaian antara jiran.
Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong berkata persetujuan yang dicapai menerusi Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) mungkin didaftarkan sebagai Perintah Mahkamah tidak lama lagi.
Menurut Encik Tong, langkah itu bukan hanya akan memudahkan penguatkuasaan terhadap sebarang pelanggaran syarat, tetapi ia juga akan mengukuhkan nilai perjanjian sivil yang dicapai.
Ia juga bagi mengiktiraf tugas para pengantara dan menggalak pihak-pihak yang bertikai agar mematuhi syarat-syarat perjanjian yang dicapai menerusi proses pengantaraan.
Encik Tong berkata demikian di Majlis Pelantikan dan Jamuan Malam Penghargaan Pengantara, di mana beliau mengulas tentang semakan Rangka Kerja Pengurusan Pertikaian Masyarakat.
Selain rancangan yang diumumkan tahun lalu untuk mewajibkan pengantaraan bagi pertikaian-pertikaian tertentu, khidmat pengantaraan juga akan disediakan di lebih banyak estet kejiranan.
Dalam masa beberapa bulan akan datang, pusat-pusat ServiceSG akan dilancarkan di One Punggol, Geylang Serai, Toa Payoh West dan Nee Soon East.
CMC juga akan merintiskan pengantaraan secara maya di Tampines dan Pasir Ris.
Namun sesetengah pengantara lebih cenderung mengadakan pengantaraan secara bertemu muka.
"Jika anda mengadakan pengantaraan menerusi Zoom, anda tidak melakukannya secara bersemuka, maka elemen itu hilang, anda tidak dapat menilai perasaan pihak-pihak yang terlibat.
"Kadangkala, sesetengah pihak menginginkan seseorang di depan mata mereka untuk mendengar masalah mereka, dan ini dapat menyelesaikan separuh daripada proses (pengantaraan). Tetapi kita tidak boleh berbuat demikian menerusi Zoom, ia setakat sebuat peranti," kata Pakar Pengantara Eksekutif John Ng.

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.