Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Adik-beradik 11 tahun ditemui mati dekat taman permainan Upper Bukit Timah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2022 03:28PM Dikemas Kini : 22 Jan 2022 10:19PM

SINGAPURA: Dua adik-beradik lelaki yang berusia 11 tahun ditemui mati berdekatan sebuah taman permainan di Greenridge Crescent di Upper Bukit Timah pada petang Jumaat (21 Jan). 

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan daripada seorang lelaki sekitar 6.25 petang pada Jumaat (21 Jan). 

"Apabila para pegawai polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua adik-beradik itu ditemui terbujur di sekitar taman permainan itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik," menurut polis. 

Pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian luar biasa. Siasatan sedang dijalankan. 

Cik Sim Ann, Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah menggesa orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi sedang siasatan dijalankan. 

"Ini satu tragedi yang menyayat hati, dan tidak dapat dibayangkan terutamanya kepada sesiapa saja yang bergelar ibu bapa," kata Cik Sim. 

"Saya sedia maklum berita ini sungguh mengejutkan dan menyedihkan bagi masyarakat kita. Pihak polis masih menyiasat. Saya menasihatkan para penduduk supaya untuk menunggu maklumat rasmi daripada pihak polis dan meminta kerjasama orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi. 

"Doa dan ingatan kami ditujukan kepada keluarga yang telah kehilangan nyawa anak-anak mereka dengan begitu tragis sekali."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan