Adakah kerja binaan di Ang Mo Kio punca suhu cecah rekod tinggi?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Hanidah Amin
SINGAPURA: Adakah kerja-kerja binaan yang sedang dijalankan di Ang Mo Kio, seperti pembinaan
Laluan Rentas Pulau (CRL), menyebabkan suhu di kawasan itu mencecah paras rekod tinggi?
Itulah soalan yang diajukan ramai warga siber selepas berita tentang suhu mencecah 37 darjah Celsius di Ang Mo Kio pada Sabtu lalu (13 Mei). Ia menyamai rekod 40 tahun bagi suhu yang dicatatkan di Tengah pada 17 April 1983.
Namun, para pakar memberitahu Mediacorp bahawa keadaan itu tidak mungkin menjadi penyebabnya. Sebaliknya, suhu di Ang Mo Kio mungkin dipengaruhi oleh lokasi alat pengukur, keadaan antara monsun dan kurangnya perlindungan awan.
Faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi suhu di beberapa lokasi tertentu termasuk jumlah teduhan pokok, kewujudan badan air dan bahkan juga bahan permukaan pada bangunan serta jalan raya di kawasan berkenaan.
ADAKAH KERJA BINAAN MENYEBABKAN SUHU YANG LEBIH TINGGI?
Apabila ditanya sama ada pembinaan Laluan Rentas Pulau mungkin menyebabkan suhu untuk meningkat di Ang Mo Kio, Profesor Matthias Roth dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata: "Secara teorinya, ya."
Namun hal tersebut harus mengambil kira perubahan lain yang seiring dengan memperhebatkan pembangunan bandar, kata profesor klimatologi bandar itu.
"Tanpa kajian teliti, ia mustahil untuk menganggarkan bagaimana pembinaan MRT sahaja menyumbang kepada suhu udara."
Pakar-pakar lain mengatakan bahawa kerja-kerja binaan yang sedang berlangsung itu akan hanya menyumbang kepada bacaan suhu yang tinggi sekiranya alat pengukur diletakkan sangat berhampiran dengan tapak binaan tersebut.
JADI APA PUNCA SUHU CECAH REKOD TERTINGGI?
Sebagai permulaan, bulan antara monsun April dan Mei biasanya bulan yang paling panas.
Suhu maksimum harian melepasi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari pada April dan setakat ini pada Mei, dengan beberapa hari menyaksikan suhu melebihi 35 darjah Celsius, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).
"Pada 13 Mei 2023, suhu tinggi disebabkan oleh keadaan kurang berawan, tiada hujan dan angin sepoi-sepoi, yang mengakibatkan pemanasan suria yang kuat di kawasan darat," menurut MSS.
Selain Ang Mo Kio, bahagian lain di Singapura juga mencatatkan suhu tinggi pada hari yang sama, tambah seorang jurucakap MSS. Ini termasuk Admiralty yang mencatatkan suhu pada 36.7 darjah Celsius, Paya Lebar pada 36.6 darjah Celsius dan Choa Chu Kang pada 36.3 darjah Celsius.
Profesor madya iklim bandar Winston Chow dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mengaitkannya dengan kurang perlindungan awan pada hujung minggu, ditambah pula dengan perubahan iklim dan lokasi stesen cuaca automatik di kawasan bandar.
Para pakar cuaca menggambarkan Ang Mo Kioa sebagai sebuah kawasan perbandaran tinggi dengan kurangnya hutan serta badan air.
Menurut Prof Roth, kajiannya menunjukkan bahawa pendedahan haba pada siang hari di Singapura adalah paling teruk di kawasan dengan banyak pembangunan dan kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan rendah, peratusan tinggi permukaan yang tidak boleh ditelusi air serta kurang tumbuh-tumbuhan. Beliau menamakan Serangoon dan Woodlands sebagai contoh.
Prof Roth, bagaimanapun, berkata "tiada jawapan mudah" tentang mengapa kawasan Ang Mo Kio secara khususnya menyaksikan suhu cecah rekod tinggi.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.