Adakah bazar Ramadan bawa pengertian lebih besar?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail bazar Ramadan Geylang Serai. (Gambar: Shameelah Abdullah)
SINGAPURA: 'Bazar dah tidak macam dahulu', 'Mahal pula barang-barang yang dijual' atau 'Lebih baik pergi bazar di Malaysia'.
Inilah antara kenyataan yang biasa disuarakan segenap masyarakat berhubung bazar-bazar Ramadan yang diadakan di Singapura.
Namun, adakah bazar Ramadan sekadar satu tempat untuk membeli juadah berbuka puasa mahupun kelengkapan Hari Raya sahaja?
Atau bazar sebenarnya membawa satu pengertian lebih meluas yang perlu dihayati bersama.
BAZAR ALA PESTA - APA KELEBIHANNYA?
Tidak dapat dinafikan bazar-bazar Ramadan setempat sudah banyak berubah daripada skala, barangan dijual sehinggalah konsep bazar itu sendiri.
Mustahil juga untuk bazar Ramadan kekal seperti dahulu yang banyak menumpukan kepada penjualan makanan tradisional serta kelengkapan sambutan Syawal.
Dengan pengedaran zaman serta khidmat online yang banyak tersedia, bazar Ramadan kini lebih nampak seperti sebuah pesta makanan, khususnya di Kampong Gelam.
Perubahan itu membuktikan mengapa Bazar Kampong Gelam mampu menarik lebih setengah juta pengunjung setakat 31 Mac lalu.

Meski sudah ala pesta, pelbagai sajian dan aroma hidangan yang ditawarkan itu juga menarik pengunjung tua dan muda tanpa mengira kaum selain para pengunjung dalam dan luar negara.
Suasana festival tersebut yang membolehkan para pengunjung berlainan kaum dan agama untuk sama-sama menikmati suasana bulan Ramadan.
Seorang belia Melayu-Portugis Lutfi Quzhairie Aaron Sham berkata: "Bazar Ramadan terutama sekali di Kampong Gelam terdapat pengunjung daripada pelbagai kaum. Anda boleh lihat orang Melayu, India dan asing di sini.
"Jadi saya rasa ini adalah satu cara terbaik untuk menunjukkan kepada dunia kepelbagaian yang ada di Singapura."
Pandangan tentang keunikan bazar Ramadan Kampong Gelam itu turut dikongsi para peniaga di lokasi tersebut.
Mereka mengatakan yang ada di sana bukan sahaja kepelbagaian dari segi makanan dan minuman yang dijual tetapi wujud juga nilai-nilai seperti kebersamaan yang memecahkan tembok budaya dan agama.
"Kedai-kedai yang ada di sini sekarang juga pelbagai jadi ia menarik demografi pengunjung yang berbeza-beza," kata Pemilik The Katoshka Hasif Othman.

Suasana ala pesta di Kampong Gelam seakan memudahkan wujudnya semangat kebersamaan menerusi bazar yang telah berubah mengikut pengedaran zaman.
Seorang saudara baru yang berasal dari Jepun, Narumi Maruyama berkata: "Di Jepun, kami cuma ada satu kaum jadi saya terkejut melihat bazar Singapura dikunjungi orang pelbagai kaum yang berinteraksi dan menikmati bazar ini bersama-sama."
TRADISI MASIH BOLEH DIKEKALKAN
Walaupun perubahan demi perubahan boleh disaksikan pada bazar-bazar Ramadan, ia masih menjadi satu tempat "wajib kunjung" masyarakat.
Boleh dikatakan juga, berkunjung ke bazar sudah menjadi tradisi bagi sebahagian besar masyarakat Melayu/Islam setempat.
Malah, bazar ikonik seperti Bazar Geylang Serai boleh menjadi satu bukti bagaimana dari segi luarannya ada banyak pembaharuan, bazar itu tetap menjadi pusat kebersamaan antara keluarga.

"Setiap tahun di Bazar Geylang Serai, saya nampak ramai datang bersama keluarga. Meriah sungguh melihat mereka datang ke sini membeli makanan dan baju Raya bersama," kata seorang pengunjung muda Andrian.
Lantaran itu, diharapkan agar amalan meluangkan masa bersama keluarga berkunjung ke bazar Ramadan akan terus dilaksanakan pada masa hadapan.
Cik Narumi menambah: "Saya lihat ramai keluarga berada di sini dan ini satu kelainan. Di Jepun, kami hanya ke bazar bersama rakan-rakan kerana keluarga kami tinggal berjauhan jadi jarang sekali keluarga berkumpul. Di sini, ramai keluarga berkumpul dan ini satu detik yang saya amat hargai."
APA LAGI KELAINAN YANG ADA?
Berhubung harga barangan yang mahal di Bazar Geylang Serai, tahun ini pihak penganjur mewajibkan para peniaga makanan dan minuman menjual sekurang-kurangnya dua barangan pada harga semurah $3.
Berniaga hampir dua dekad, gerai Boolatz Kitchen antara mereka yang “tidak lokek menawarkan pelbagai hidangan pada "harga rahmah”.
"Kita tidak pernah tukar harga dari mana pun dari Geylang ataupun pasar malam biasa.Tahu bagedil dan epok-epok saya misalnya berharga $1.
"Langkah ini bagus kerana tidak semua orang mampu atau boleh membeli dengan harga sekarang yang ada," kata Farahdilla Md Zain.
Inisiatif itu turut dilaksanakan peniaga-peniaga baru yang menjual makanan dan minuman dengan citarasa golongan muda.
Antaranya kedai Oppa Slush, yang menjual makanan Korea, menyambut baik langkah tersebut.
Pemilik dan Ketua Cef Oppa Slush Md Fahmi Abdullah berkata: "Pandangan saya, barang-barang murah ini bagus pasal boleh dimampui anak-anak muda dan saya fikir tidak salah menjual harga rendah sebegini untuk mereka yang kurang berkemampuan atau bergaji kecil."
Satu perkara yang turut menarik perhatian orang ramai kali ini juga di Bazar Geylang Serai adalah kedai-kedai yang menjual baju tradisional pada harga berpatutan.
Pemilik kedai Thawb Abdul Rashid berkongsi: "Kami mahu menghabiskan koleksi lama jadi kami membuat jualan murah agar semua masyarakat boleh membeli pada harga murah dan beraya dengan baju kami tahun ini."
Menjual pada harga yang murah bukan sahaja membawa pilihan pelbagai kepada para pengunjung yang datang ke Bazar Geylang Serai.
Pada masa yang sama, inisiatif itu sebenarnya memberikan peluang kepada keluarga mahupun individu yang memerlukan untuk sama-sama menikmati keceriaan bulan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.