Ada potensi besar bagi kerjasama lebih erat antara SG-Turki: SM Teo
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata terdapat lebih banyak potensi bagi kerjasama lebih erat antara Singapura dengan Turki.
Ini sedang kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-10 Kerjasama Strategik Turki-Singapura serta ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik ditubuhkan.
Semasa lawatannya ke Turki, SM Teo bertemu dengan pemimpin negara itu, termasuk Naib Presiden Cevdet Yilmaz dan para pegawai keselamatan kanan.
Selain mengesahkan hubungan muhibah kedua-dua negara, mereka bertukar pandangan tentang perkembangan global dan serantau.
Mereka juga berbincang tentang peluang kerjasama dalam bidang baharu seperti teknologi kewangan, atau fintech, dan pendigitalan.
Seterusnya, Encik Teo akan membuat lawatan ke Arab Saudi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.