Ada pelanggan ambil beg plastik di pasar raya SG tanpa membayar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dua bulan sudah berlalu sejak caj bagi beg plastik diwajibkan di pasar raya utama tempatan.
Namun, tingkah laku sejumlah pelanggan menimbulkan keraguan terhadap kaedah salah satu rangkaian pasar raya yang digunakan untuk mengedarkan beg plastik.
Menurut kenyataan pelanggan dan kakitangan, sejumlah besar pembeli mengambil kesempatan sistem berdasarkan kepercayaan NTUC FairPrice dalam usahanya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

SUKAR UNTUK PERIKSA, KATA KAKITANGAN FAIRPRICE
Mediacorp melawat 10 cawangan FairPrice pada Ogos dan mendapati kesemuanya kecuali satu cawangan menggunakan sistem berdasarkan kepercayaan di kaunter layan diri.
Hanya satu cawangan mempunyai kakitangan yang mengedarkan beg plastik kepada para pelanggan secara manual, untuk memastikan mereka membayarnya.
Cawangan Bukit Ho Swee di Havelock Road mempunyai empat kios layan diri.
Seorang kakitangan yang mengendalikan kaunter layan diri memberitahu Mediacorp bahawa beg plastik tidak disediakan di kios tersebut selepas beberapa pelanggan mengambilnya tanpa dibayar.
Cawangan FairPrice lain meletakkan beg plastik di kaunter layan sendiri kerana ia mempunyai terlalu banyak kaunter di mana kakitangannya tidak mampu mengedarkan beg plastik kepada para pelanggan, tambah kakitangan itu.
Usaha untuk memeriksa bukti pembelian beg plastik menjadi lebih sukar di cawangan yang mempunyai banyak kaunter layan diri atau ketika pelanggan terlalu ramai, sedang kakitangan sibuk membantu pelanggan dengan proses pembayaran di kaunter layan diri.
Ketika Mediacorp melawat cawangan FairPrice di pusat beli-belah NEX, yang mempunyai 12 kaunter layan diri, segelintir pelanggan tidak membayar atau membayar kurang daripada jumlah beg plastik yang diambil.
Pada mulanya, kakitangan FairPrice melakukan pemeriksaan untuk memastikan pelanggan membayar caj beg plastik yang diambil.
Namun, para pelanggan membuat aduan terhadap tindakan tersebut.
KEBANYAKAN PELANGGAN BAYAR CAJ BEG PLASTIK
Di cawangan FairPrice yang mempunyai jumlah kaunter layan diri yang sedikit, kakitangan dilihat memerhatikan kaunter dan bertanya kepada pelanggan sama ada mereka memerlukan beg plastik.
Kebanyakan pelanggan juga dilihat mengimbas kod bagi beg plastik yang diambil, atau meminta bantuan kakitangan untuk menambahkan caj bagi beg plastik.
Dalam respons kepada soalan Mediacorp, seorang jurucakap Kumpulan FairPrice berkata bahawa kawasan kaunter layan diri dipantau oleh kakitangan dan kamera litar tertutup.
Untuk menggalakkan usaha kitar semula, pasar raya tersebut menyediakan rak beg plastik di lebih daripada 30 cawangan di mana para pelanggan boleh menderma beg mereka kepada pelanggan lain.
Kumpulan FairPrice tidak menjawab soalan tentang kerugian yang dialami disebabkan pelanggan yang tidak membayar caj beg plastik.
COLD STORAGE, GIANT "TARIK BALIK" SISTEM BERDASARKAN KEPERCAYAAN
Kumpulan DRI Retail, yang mengendalikan pasar raya Cold Storage dan Giant, menyatakan ia sedang "menarik balik" langkah pemberian beg plastik di kaunter layan diri.
Namun, ia menyatakan ia adalah sebab kebanyakan pelanggan kini membawa beg yang boleh digunakan semula.
BAIK DAN BURUK SISTEM BERDASARKAN KEPERCAYAAN
Kelemahan utama sistem berdasarkan kepercayaan adalah interaksi sosial yang kurang, kata Dr Seshan Ramaswami, seorang Profesor Madya Pemasaran di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Sesetengah pelanggan memilih untuk berlaku jujur, ada yang terlupa untuk mengimbas kod, dan ada yang tidak membayar dengan sengaja.
Sebaliknya, sistem berdasarkan kepercayaan mengurangkan masa diperlukan kakitangan untuk menguatkuasakan caj beg plastik, dan ia mungkin meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang tidak dibantu, kata Dr Seshan Ramaswami.
Beliau mencadangkan sebuah mesin layan diri yang bersambung atau berasingan yang boleh mengedarkan beg plastik secara automatik.
Langkah lain seperti bunyi 'bip' elektronik untuk menandakan bahawa pelanggan sudah mengisytiharkan mereka tidak memerlukan beg plastik, kamera pengawasan dan notis, juga boleh digunakan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.