Skip to main content

Singapura

ACRES 'hantar pulang' 51 kura-kura bintang ke Bangalore

51 kura-kura bintang India, yang diselamatkan dari pemerdagangan haram haiwan liar di Singapura, mula dihantar pulang ke India hari ini (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2018 09:27PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 09:31PM

SINGAPURA: 51 kura-kura bintang India, yang diselamatkan dari pemerdagangan haram haiwan liar di Singapura, mula dihantar pulang ke India hari ini (26 Nov).

Kura-kura berkenaan tinggal di Singapura selama lapan tahun di bawah penjagaan kumpulan kebajikan haiwan Acres.

Rancangan untuk menghantarnya pulang mengambil masa dua tahun dan kos $60,000 dari dana sumbangan awam. Ini merupakan 'repatriasi' terbesar yang pernah dijalankan ACRES.

Kura-kura itu akan dihantar ke Bangalore dan menjalani kuarantin selama sebulan di sebuah kawasan perlindungan di wilayah Karnataka sebelum dibebaskan ke habitat semula jadinya.

Kesemua kura-kura itu kini sudah dipasang mikrocip bagi membolehkan pakar-pakar untuk terus memantau perkembangannya. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita