ACRES: Damak sumpitan ditemui pada badan 2 burung merpati di Jurong West
Kumpulan kebajikan haiwan, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES), pada Isnin (2 Mac) menyatakan ia sudah memfailkan aduan polis selepas dua ekor merpati ditemui dengan anak sumpit tertusuk pada badannya.
ACRES menermui 2 burung merpati yang tertusuk dengan damak di badannya di Jurong West pada 28 Feb 2020. (Gambar: ACRES/Facebook)
SINGAPURA: Kumpulan kebajikan haiwan, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES), pada Isnin (2 Mac) menyatakan ia sudah memfailkan aduan polis selepas dua ekor merpati ditemui dengan anak sumpit tertusuk pada badannya.
ACRES menyatakan ia dimaklumkan tentang perkara itu pada 28 Feb oleh seorang anggota awam, yang menyelamatkan merpati dengan anak sumpit di badannya di 864 Jurong West Street 81.
Setibanya ACRES di tempat kejadian, seekor lagi merpati ditemui dengan dua damak serupa di badannya sebelum ia terbang meninggalkan tempat itu.
Merpati yang diselamatkan itu kini sedang beransur pulih dan akan menjalani satu prosedur untuk mengeluarkan damak itu dengan selamat, menurut ACRES.
Anak sumpit yang ditemui itu sepanjang kira-kira 10 sentimeter.
Kes tersebut sudah difailkan bersama polis dan Lembaga Taman Negara (NParks) bagi siasatan, menurut ACRES.
"Kami mengesyaki sesetengah individu mempunyai akses kepada alat sumpitan di tempat ini atau kawasan sekitar dan menggunakannya ke atas burung-burung ini," tulis ACRES dalam satu catatan Facebook.
Sesiapa yang mempunyai maklumat relevan dan berguna berhubung kes ini boleh menghubungi ACRES di acrescrime [at] gmail.com.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.