Skip to main content

Singapura

Acara Tahun Baharu Marina Bay: Polis tutup akses ke berapa kawasan disebabkan ramai orang

Anggaran Waktu Membaca:
Acara Tahun Baharu Marina Bay: Polis tutup akses ke berapa kawasan disebabkan ramai orang

(Gambar: CNA/Grace Yeoh)

Diterbitkan : 31 Dec 2023 06:19PM Dikemas Kini : 31 Dec 2023 10:55PM

SINGAPURA: Polis menutup akses kepada beberapa kawasan di Marina Bay pada Ahad (31 Dis) malam, disebabkan "jumlah pengunjung yang semakin ramai" di acara Tahun Baharu.

Kawasan yang terjejas adalah Merlion Park, One Fullerton, Jubilee Bridge dan Youth Olympic Park.

"Orang awam dinasihatkan untuk elak kawasan tersebut," tulis polis dalam satu kemas kini di Facebook sejurus selepas pukul 10.00 malam.


Orang ramai digalakkan untuk memeriksa keadaan kesesakan secara online menggunakan platform Crowd@MarinaBay sebelum ke lokasi tersebut bagi acara-acara yang diadakan.

Platform itu juga menyediakan maklumat tentang kawasan yang ditutup dan pengangkutan awam yang tersedia berdekatan.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan, pegawai polis dan pasukan polis tambahan akan mengawal jumlah orang yang memasuki The Promontory, One Fullerton/Merlion Park, Esplanade Park, Esplanade Waterfront Promenade, Marina Bay Sands Waterfront Promenade, serta kawasan lain berhampiran Marina Bay.

"Ketika kapasiti kawasan tersebut mencapai had keselamatan, ia akan ditutup untuk memastikan keselamatan orang awam dijaga," dedah polis awal minggu ini.

KAWALAN KESESAKAN DI STESEN MRT

Sejumlah pintu masuk dan keluar stesen MRT di sekitar Marina Bay akan ditutup untuk mengawal pergerakan orang ramai. Jika berlakunya kesesakan, kereta api mungkin tidak akan berhenti di stesen tersebut.

Selepas acara tahun baharu, laluan khas akan disediakan untuk keluar dari kawasan Marina Bay.

Orang ramai akan diarahkan ke stesen MRT lain untuk mengelakkan kesesakan di stesen yang terjejas.

"Kami memohon orang ramai untuk memahami keadaan dan menuju ke stesen MRT kurang sesak dan menggunakan rangkaian MRT tersambung untuk ke destinasi anda," tambah polis.

"Orang ramai dinasihatkan untuk bersabar dan bekerjasama dengan pegawai keselamatan."


PEMERIKSAAN KESELAMATAN, PENUTUPAN JALAN

Pemeriksaan beg mungkin dijalankan oleh pegawai keselamatan.

Polis juga menasihatkan para pengunjung untuk berada dekat dengan rakan-rakan mereka, elak daripada membawa jumlah wang yang banyak atau memakai perhiasan yang banyak, serta elak daripada kumpulan yang tidak terkawal.

Orang ramai harus memastikan beg mereka sentiasa bersama mereka pada setiap masa, dan meletakkannya di bahagian depan badan. Selain itu, beg duit tidak patut diletakkan di kocek belakang seluar.

Disebabkan beberapa jalan akan ditutup bagi kenderaan, orang awam dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam ke kawasan Marina Bay.

"Meletakkan kereta di pinggir jalan dan menghentikan kereta sepanjang ECP (Jembatan Benjamin Sheares) untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dilarang.

Jika anda lebih suka untuk menyambut Tahun Baharu di kawasan kejiranan, terdapat pertunjukan bunga api di tujuh lokasi. Berikutan adalah tapak-tapak di mana anda boleh menyaksikan pertunjukan tersebut:

f

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita