Acara Raikan Cahaya Ramadan bakal semarakkan Kampong Gelam, sediakan bazar terbesar dengan 150 gerai
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Suasana di sekitar kawasan Kampong Gelam kembali semarak dan berwarna warni menjelang Ramadan ini.
Acara Raikan Cahaya Ramadan anjuran pertubuhan One Kampong Gelam (OKG) akan berlangsung selama 33 hari tahun ini, bermula 15 Mac hingga 16 April dan adalah yang terbesar pernah dianjurkan.
Ia akan dirasmikan Datuk Bandar Kawasan Tengah Denise Phua pada 18 Mac nanti.
BAZAR GLAM EID SEDIAKAN LEBIH 150 GERAI
Salah satu daya tarikan kali ini adalah bazar Ramadan 'Glam Eid' yang menawarkan lebih 150 gerai meliputi tujuh zon.
Gerai-gerai akan menjual pelbagai keperluan Ramadan dan Hari Raya.
Akan terdapat stesen-stesen barbeku dan juga trak makanan yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa.
Antara ciri-ciri menarik adalah struktur mezanin dua tingkat di mana para pengunjung dapat menikmati pengalaman berbuka puasa dalam suasana lebih selesa.
"Kami akan menyediakan tempat yang boleh menampung sekitar 1,200 orang untuk berbuka puasa untuk makan bersama keluarga mereka.
Ini kerana, kami mendapati pengunjung pada tahun sebelumnya mengalami kesusahan dan kesukaran untuk mencari tempat duduk untuk makan bersama keluarga mereka. Jadi, untuk tahun ini kami akan menyediakan sebanyak 1,200 tempat duduk untuk berbuka bersama," kongsi pengendali 'Glam Eid', Syed Abdillah Mustafa Aljunied dari Enniche Global Trading kepada BERITAmediacorp.
Menurut Syed Abdillah, harga sewa gerai di bazar itu bermula S$110 sehari bergantung pada saiz dan kemudahan yang disediakan.
Setakat ini, lebih 50 peratus gerai sudah ditempah.

MASJID SULTAN AKAN BERMANDIKAN CAHAYA
Selain pancaran cahaya berwarna-warni bertemakan seni dan budaya Kampong Gelam Masjid Sultan, terdapat juga pertunjukan dron pada waktu malam.
Program-program amal turut dirancangkan 10 hari terakhir acara itu;sempena Lailatul Qadar.
Ia termasuk acara Berbuka Puasa Beramai-Ramai di Arab Street pada 1 April.
Menurut pengerusi One Kampong Gelam, Encik Zaki Ma'arof, acara itu bertujuan untuk mengamalkan nilai-nilai murni Ramadan serta menggalak sifat rahmah kepada semua terutama mereka yang kurang bernasib baik.
Lebih 1,000 individu termasuk keluarga-keluarga memerlukan dalam GRC Jalan Besar dan penerima bantuan dari pelbagai badan kebajikan akan dijemput untuk berbuka puasa bersama.

"Kawasan Kampung Gelam ini akan lebih gemerlapan. Ia akan lebih terang, lebih meriah dan saya jangkakan orang akan datang lagi dan merasakan lebih kemesraan. Itu yang saya harap dan kita yang paling penting kita tidak lupa tradisi dan kemelayuan kita di sini dan juga unsur-unsur keislaman itu yang paling penting yang kita jaga," kata Encik Zaki.
Arab Street, Baghdad Street dan Kandahar Street akan ditutup kepada lalulintas sepanjang tempoh itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.