Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara President's Star Charity jaya kumpul lebih S$13 juta

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Acara amal President's Star Charity tahun ini berjaya mengumpul S$13,085,960 pada malam Ahad (30 Okt).

Jumlah tersebut yang paling tinggi dikumpulkan menerusi acara amal terbesar oleh Mediacorp di bawah Dana Cabaran Presiden, kempen tahunan yang dimulakan pada 2000 oleh Presiden ketika itu, Encik S R Nathan, untuk menyokong sektor perkhidmatan sosial.

Berlangsung selama dua jam, acara President's Star Charity malam semalam, menampilkan selebriti dari dalam serta luar negara itu.

Ia dihadiri Presiden Halimah Yacob.

"Tema tahun ini memanglah amat bermakna iaitu Tindakan Kecil, Perubahan Besar, kata Presiden Halimah."

"Jadi kita dapat lihat bahawa ramai yang datang untuk membantu, sama ada dari segi memberi sumbangan wang ataupun sumbangan tenaga dan saya harap ini akan berterusan kerana kita mahu membina sebuah masyarakat yang inklusif di mana semua merasakan mereka mempunyai kebolehan untuk menyumbang dalam segi apa sahaja yang mereka termampu, dengan cara ini dapatlah kita sama-sama mencapai kehidupan yang lebih baik bagi semua yang memerlukan."

Kesemua wang derma itu akan digunakan bagi membantu 82 pertubuhan seperti Perkhidmatan Masyarakat TOUCH dan Very Special Arts yang memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk terlibat dalam bidang seni.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan