Acara peringatan 100 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama di Esplanade Park
Negara-negara di dunia memperingati berakhirnya Perang Dunia pertama, sekurun yang lalu.
SINGAPURA: Negara-negara di dunia memperingati berakhirnya Perang Dunia pertama, sekurun yang lalu.
Acara Peringatan turut diadakan di Esplanade Park hari ini (11 Nov).
Selepas sesi bertafakur seminit, lingkaran bunga diletakkan di kaki tugu peringatan perang Cenotaph.
Wakil-wakil dari UK, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat turut mendeklamasikan puisi.
Sementara itu di Tanah Perkuburan Perang Kranji, para pemimpin agama dan kelasi Britain berhimpun untuk menghormati lebih 3,600 orang yang terkorban dalam perang itu, yang disemadikan di situ.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.