Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara penyalaan lampu Hari Raya ditunda di tengah COVID-19; tarikh baru akan dimaklumkan

Persatuan Rakyat (PA) memutuskan untuk menangguhkan pelancaran acara penyalaan lampu Hari Raya ke tarikh yang bakal diumumkan kelak. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Rakyat (PA) memutuskan untuk menangguhkan pelancaran acara penyalaan lampu Hari Raya ke tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan PA hari ini (14 Apr), langkah tersebut diambil di tengah-tengah tempoh "circuit breaker" atau pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang berkuat kuasa hingga 4 Mei. Keputusan itu sejajar dengan usaha seluruh negara untuk menggalak semua orang supaya #dudukrumahsaja dan berada dalam persekitaran yang selamat.

PA juga menyatakan ia akan terus memantau rapi keadaan COVID-19 dan hanya mengumumkan tarikh baru bagi penyalaan lampu Hari Raya di kawasan Geylang Serai itu apabila tiba masanya kelak.

Setiap kali menjelangnya Ramadan, lampu serta hiasan warna-warni di jalan raya sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue menjadi acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan masyarakat di seluruh pelusuk Singapura, terutamanya masyarakat Melayu/Islam.

Penyalaan lampu Hari Raya itu bukan sahaja saling melengkapi suasana meriah Bazar Raya Geylang Serai bahkan juga, menyediakan wadah baik untuk mengajak para pengunjung menyelami warisan, budaya serta gaya hidup masyarakat Melayu/Islam - yang sememangnya sebahagian penting dalam membentuk jati diri masyarakat majmuk Singapura.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan