Acara Nuzul Quran anjuran Jamiyah kembali secara hibrid buat pertama kali selepas 2 tahun

(Gambar: Jamiyah Singapore)
SINGAPURA: Jamiyah Singapura kembali menganjurkan acara Nuzul Quran secara hibrid setelah dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Ini juga merupakan kali pertama para hadirin menyertai sebuah acara besar di Pusat Islam Jamiyah yang terletak di Lorong 12 Geylang itu.
Pada 2020 dan 2021, acara sambutan Nuzul Quran itu diadakan secara online sahaja.
Namun, dengan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, Jamiyah Singapura kembali membuka pintunya bagi orang awam menghadiri acara istimewa tersebut secara fizikal.

Bagi menghadirinya secara fizikal, orang awam perlu mendaftar dahulu kehadiran mereka.
Pada acara hari ini (17 Apr), kesemua 300 tempat diisi oleh para hadirin.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengikuti acara itu secara fizikal, mereka boleh menyaksikannya secara online menerusi penstriman secara langsung di laman Facebook Jamiyah.
Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 1,200 orang mengikuti acara tersebut secara online.
Bagi menyambut acara Nuzul Quran yang menandakan hari turunnya kitab suci itu kepada Nabi Muhammad, beberapa orang Qari dan Qariah dijemput membacakan ayat-ayat Quran.
Kali ini, lapan Qari dan Qariah dari dalam dan luar negara dijemput Jamiyah Singapura bagi menyertai acara tersebut.
Mereka yang menyertai acara ini secara fizikal
1) Ustaz Ahmad Daniyal bin Mohd Rizal (Singapura)
2) Sheikh Mostafa Al Syarqawi (Mesir)
3) Ustazah Normalina (Malaysia)
4) Ustaz Saripi Rawi (Singapura)
Mereka yang menyertai acara ini secara virtual
1) Dr Anuar Hasin (Malaysia)
2) Haji Dasrizal M. Nainin (Indonesia)
3) Hajah Asrinah Asril (Indonesia)
4) Ustazah Widadul Widads (Singapura)

Setiap Qari dan Qariah membaca ayat-ayat dari beberapa Surah, menyusuli ringkasan ayat-ayat yang dibaca.
Ustaz Saripi Rawi dan Ustaz Suhaimi Fauzie Ustaz juga menyampaikan tazkirah bagi mengingatkan para hadirin tentang pengajaran-pengaran yang terkandung dalam Quran.

Di samping itu, para peserta yang menghadiri acara itu secara fizikal di Pusat Islam Jamiyah, menerima senaskhah mushaf Al-Quran Encyclopaedia edisi istimewa sempena ulang tahun ke-90 Jamiyah bernilai S$80.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.