Acara nasi beriani amal Masjid Khalid sasar kumpul dana S$12,000
Kesemua 2,000 bungkus nasi beriani amal yang dijual bagi mengumpul dana untuk bekas pengguna dadah habis terjual bak goreng pisang panas petang tadi (24 Mac).
SINGAPURA: Kesemua 2,000 bungkus nasi beriani amal yang dijual bagi mengumpul dana untuk bekas pengguna dadah habis terjual bak goreng pisang panas petang tadi (24 Mac).
Acara amal yang dianjurkan oleh Muslim Counseling Service (MCS) itu pada awalnya menyasarkan hanya 1,500 bungkus.
Namun oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, ia menambah lagi 500 bungkus nasi beriani Masjid Khalid yang cukup terkenal itu.
Setiap bungkus dijual pada harga S$10 dan pihak penganjur yakin ia dapat melepasi matlamat untuk mengumpul S$12,000.
Wang tersebut akan digunakan bagi program-program yang membantu bekas pengguna dadah dan keluarga mereka seperti kelas-kelas keagamaan.
"Jadi ini satu usaha yang bermakna dan saya gembira pihak-pihak masjid, masyarakat kita, menyambut dengan baik usaha-usaha, inisiatif seperti ini supaya kita dapat memberi bantuan yang menyeluruh kepada keluarga-keluarga, kepada para pesalah yang ingin kembali ke pangkal jalan," kata Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.