Acara MICE 'hibrid' norma baru meski peraturan kapasiti dilonggarkan
Acara-acara dalam industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran atau MICE mungkin terus senyap tahun ini meskipun permohonan bagi mengadakan acara berskala besar dijadualkan untuk dibuka pada Oktober nanti.
SINGAPURA: Acara-acara dalam industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran atau MICE mungkin terus senyap tahun ini meskipun permohonan bagi mengadakan acara berskala besar dijadualkan untuk dibuka pada Oktober nanti.
Persatuan Konvensyen dan Penganjur Pameran Singapura (SACEO) akur keperluan untuk mengurangkan silang interaksi merupakan satu cabaran.
Acara pameran dan pesta tidak lagi sesibuk tetapi para pengendali industri MICE sudah bersedia untuk menerima lebih ramai peserta pada Oktober nanti.
Persatuan industri berkenaan, SACEO, menyatakan para anggotanya sedang menyemak kriteria yang diperlukan untuk membuat permohonan bagi acara yang boleh dihadiri sehingga 250 orang.
Para pengendali juga dinasihati supaya tidak berhenti untuk mendampingi para peserta secara digital.
Acara-acara juga akan mengambil pendekatan hibrid supaya dapat berinteraksi dengan para pelanggan luar negara secara online.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.