Acara layar lalu Tembak Hormat Kepresidenan NDP 2024 paling lama dalam sejarah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda yang meraikan Hari Kebangsaan di Marina Bay tahun ini berpeluang menyaksikan acara layar lalu Tembak Hormat Kepresidenan dengan lebih dekat lagi.
Acara kegemaran ramai itu juga bakal mencatatkan jarak layar lalu paling jauh dalam sejarah NDP setakat ini.
Tinggal kurang sebulan sebelum Singapura menyambut Hari Kebangsaan, pasukan meriam bertungkus-lumus berlatih demi memastikan semuanya berjalan lancar.
Acara tembak hormat 21 das suatu penghargaan ketenteraan tertinggi yang dikhususkan hanya untuk Presiden.
Tahun ini, mereka yang berpeluang menyaksikannya di 'The Promontory' dianggap lebih bertuah.
Komander Rakit M3G, Tembak Hormat Kepresidenan, 1SG Gautham Senthil Kumaran berkata: "Apa yang unik tentang acara layar lalu tahun ini adalah kami sebenarnya mengambil laluan lebih panjang dan akan cuba untuk belayar seberapa perlahan yang boleh.
"Ini agar kami yang berada di atas pelantar bergerak boleh berinteraksi dengan warga Singapura dengan melambai atau melemparkan senyuman."
Satu lagi acara yang bakal membuat penampilan sulung di Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini di Padang, adalah Baris Masuk atau 'Onward March'.
16 kontinjen akan berbaris di geladak penonton untuk mewujudkan sebuah pengalaman imersif 360 darjah.
Lebih 2,000 peserta dari pelbagai latar belakang bakal terlibat dalam NDP tahun ini, yang menampilkan 35 kontinjen perbarisan.

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.