Skip to main content

Singapura

Acara larian SAFRA Singapore Bay, Separuh Maraton Tentera 2019 dibatalkan

Angkatan Bersenjata Singapura mengumumkan hari ini (9 Mac), pembatalan acara larian SAFRA Singapore Bay (SSBR) dan Separuh Maraton Tentera yang dijadual diadakan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Mar 2019 07:40PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 09:18PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura mengumumkan hari ini (9 Mac), pembatalan acara larian SAFRA Singapore Bay (SSBR) dan Separuh Maraton Tentera yang dijadual diadakan tahun ini.

"Pasukan Tentera terlibat dalam rancangan memperingati dwiabad Singapura. Kami dapat menguruskan dengan lebih baik penyertaan kami sekiranya tidak juga menganjurkan SSBR & AHM," menurut SAF dalam satu catatan Facebook.

Acara larian tahunan itu dianjurkan bersama oleh SAFRA dan Tentera Singapura, dan kali terakhir diadakan pada 26 Ogos, 2018.

Kedua-dua acara itu pernah dibatalkan pada 2015 "bagi menyokong acara sambutan SG50".

LATIHAN DIMULAKAN SEMULA

Dalam catatan yang sama, SAF turut mengumumkan bahawa latihan akan dimulakan semula setelah segala bentuk kegiatan lasak dibatalkan menyusuli kematian Aloysius Pang.

Langkah menghentikan semua latihan sepanjang tempoh keselamatan itu mempunyai "kesan sekali sahaja" terhadap latihan-latihan tertentu.

Para rekrut dari Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) yang selesai menjalani latihan akan mengadakan upacara berbaris sejauh12 kilometer pada Sabtu berbanding jarak sejauh 24 kilometer yang lazimnya dilakukan. Ini kerana mereka tidak dapat menamatkan latihan berperingkat yang diperlukan, mengikut arahan latihan sedia ada.

Bagaimanapun, menurut SAF, upacara berbaris tamat latihan sejauh 24 kilometer itu akan diadakan semula bagi pasukan-pasukan tentera seterusnya.

Malahan, latihan dalam kem (ICT) bagi tiga unit Perkhidmatan Negara (NS) juga dibatalkan kerana ia diadakan semasa atau sejurus tempoh penggantungan latihan tentera dilaksanakan.

Namun demikian, ia tidak akan menjejas jadual latihan askar kerahan.

Ujian Kecergasan Jasmani Individu (IPPT) bagi askar kerahan juga sudah disambung semula. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita