Acara larian Persatuan Barah Singapura kumpul dana S$1.36 juta
SINGAPURA: Lebih S$1.36 juta dikumpulkan bagi khidmat sokongan barah dalam acara larian Relay for Life anjuran Persatuan Barah Singapura (SCS).
Acara lari berganti-ganti selama 15 jam itu disertai jumlah rekod hampir 6,500 peserta.
Ini lebih 50 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas.
Kini dalam edisi ke-10, para penganjur berkata penyertaan dirangsang oleh sokongan daripada golongan belia, pelajar dan penyertaan secara berkumpulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.