Acara It's Giving Fest selama dua hari disertai lebih 10,000 belia
Pesta belia selama dua hari sejak Sabtu (12 Jul) disertai lebih 10,000 belia di *SCAPE.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesta belia selama dua hari sejak Sabtu (12 Jul) disertai lebih 10,000 belia di *SCAPE.
Acara SG60 yang dipanggil "It's Giving Fest" itu meraikan pembangunan negara sepanjang 60 tahun dan memberi perhatian kepada aspirasi belia serta tindakan sosial.
Acara tersebut dianjurkan oleh gov.sg.
Antara kegiatan menarik yang diadakan pada hari kedua pesta itu hari ini termasuk 'telematch' selebriti di mana para belia berganding bahu dengan para artis tempatan bagi menyertai pelbagai jenis permainan untuk menyokong anggota masyarakat memerlukan.
Para pencipta muda juga berkongsi filem pendek dan lagu-lagu ciptaan mereka, yang mencerminkan harapan mereka bagi Singapura.
Acara itu melabuhkan tirainya dengan konsert Cloud 9 Mediacorp.
Penyanyi Shazza melahirkan hasrat agar lebih banyak program sedemikian diadakan pada masa akan datang.
"Saya berharap akan ada lebih banyak program seumpama ini, inisiatif sebegini diadakan secara konsisten dan dijalankan dengan baik, di mana para pelajar dan belia diberi sumber untuk menonjolkan apa yang mereka gemar dan pamerkan kemahiran mereka kerana ada para belia yang sangat mahir, mereka hanya perlukan wadah dan sebab untuk tampil ke hadapan," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.