Skip to main content

Singapura

Acara Fit & Fun Mediacorp ajak pendengar amalkan gaya hidup sihat dengan personaliti radio

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jan 2026 08:29PM Dikemas Kini : 30 Jan 2026 06:24PM
  • Acara 'Fit & Fun' anjuran tujuh stesen radio Mediacorp di Stadium Negara Singapura menarik sekitar 800 peserta pada pagi Ahad, 18 Januari.
  • Peserta berjalan kaki hampir 5 kilometer sambil menimba ilmu kesihatan dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
  • DJ radio seperti Sue Kassim dan pencipta kandungan Sujimy Mohamad turut berkongsi pengalaman serta menggalakkan gaya hidup aktif.
  • Tujuan utama acara ialah memupuk semangat positif dan mengajak orang ramai, termasuk keluarga, untuk kekal aktif dan sihat bersama.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sekitar 800 individu memulakan hari mereka dengan berjalan kaki bersama-sama di kawasan Stadium Negara pada pagi Ahad (18 Jan).

Di acara 'Fit & Fun' anjuran tujuh stesen radio Mediacorp itu, para pendengar radio dan orang awam diajak untuk menjalani gaya hidup sihat.

Selain berjalan kaki selama hampir 5 kilometer, para peserta juga dapat menimba ilmu kesihatan dan membawa pulang hadiah-hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Para peserta juga antara lain dapat beramah mesra dengan para DJ radio kegemaran mereka di acara yang diadakan buat pertama kali.

Menurut DJ Sue Kassim daripada Warna 942, "Fit & Fun kita anjurkan untuk galak para pendengar kita untuk menjadi lebih aktif, membawa pulang semangat untuk bersenam dan teruskan 2026 dengan semangat positif, membawa pulang tenaga untuk berkongsi bersama keluarga dan mengajak mereka untuk bersenam bersama."

Pencipta kandungan, Sujimy Mohamad juga berkongsi bahawa beliau sendiri mengamalkan gaya hidup sihat bersama isterinya.

"Bila saya berjalan, bersenam, saya akan memuat naik IG Story. Ini penting lebih-lebih lagi usia saya sudah mencecah 56 tahun. Saya cuba nak mengajak orang seusia saya untuk sama-sama kekal aktif. Kita perlu aktif tau!"
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita