Acara 'Father Proud Walk' eratkan ikatan kekeluargaan, bina rangkaian antara bapa Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seawal jam 8.00 pagi pada Sabtu (30 Sep), lebih 50 bapa dan ahli keluarga mereka sudah berkumpul di kawasan Marina Bay Sands untuk acara 'Father Proud Walk' anjuran Bapa Sepanjang Hayat (BSH).
Untuk acara tersebut, para peserta diajak jalan beramai-ramai sejauh dua kilometer dari kawasan MBS ke kawasan Taman Merlion.
Acara itu merupakan penutup tirai 'Bulan Kebapaan' yang berlangsung sepanjang bulan September ini.
"Kami pilih aktiviti 'Father Proud Walk' ini untuk aktiviti terakhir Bulan Kebapaan kerana kita mahu menggalakkan gaya hidup sihat kerana sebagai seorang ayah kita mempengaruh anak dan keluarga kami. Jadi kita ramai-ramai jalan dengan riang dan berkenalan dengan bapa lain di dalam masyarakat kami," kata penganjur acara, Shaifullah Mohamed Kamari.
Sebelum ini, BSH sudah menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti bermain sepak takraw, "Jamming with Dad" dan "Go Kart With Dad".

"Kita mulakan Bulan Kebapaan kami dengan acara "Jamming with Dad" jadi bapa dan anak-anak yang minat dengan muzik akan 'jamming' bersama. Anda boleh lihat hubungan anak dengan bapa yang sama-sama berkumpul, bermain gitar dan bernyanyi. Ia sangat 'happening', selain itu kita ada 'Fathering Talk' bersama Ustaz Hannan, " ujar Encik Shaifullah.
Beliau turut menarik perhatian bahawa acara-acara sedemikian memberi peluang kepada para bapa untuk menghargai detik-detik bahagia bersama anak-anak.
Seorang lagi penganjur acara, Encik Bramsha Osman, menekankan bahawa aktiviti ini menggalakkan para bapa untuk meluaskan rangkaian bersama bapa lain dalam masyarakat Melayu/Islam.
Dalam masa yang sama meraikan peranan bapa dalam sebuah keluarga.

UKIR MEMORI POSITIF DALAM MINDA ANAK-ANAK
Turut hadir untuk "memanaskan badan" pagi tadi ialah Menteri Negara Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
"Aktiviti bersenam seperti berjalan ini memberikan kita ruang untuk berbual dan mendekatkan ikatan antara keluarga," kata Dr Faishal.
Selain itu, beliau juga menarik perhatian memori indah yang akan disemai di dalam ingatan anak-anak ketika mereka meluangkan masa bersama ibu bapa dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersama.
"Anak ini semua boleh memikirkan 'oh saya berjalan dengan ibu bapa saya' ia akan memberikan satu memori yang positif dalam kehidupan mereka.Memori-memori dan pengalaman yang mempunyai unsur-unsur positif ini sangat baik dan penting dalam pembangunan anak-anak kita," kata Dr Faishal.

Dalam pada itu, Dr Faishal menyokong usaha ini dan berharap ia membuka ruang kepada para bapa untuk memainkan peranan penting dalam keluarga.
"Saya rasa gembira bahawa Bapa Sepanjang Hayat melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini dan ia membuka lebih banyak ruang dan sekaligus menyumbang bukan sahaja dari segi bagaimana bapa boleh memainkan peranan dalam pembangunan keluarga dan terutama anak-anak mereka tapi bagaimana bapa ini boleh meluaskan pendekatan," tambah beliau.
Seorang peserta, Cik Ayu Asi, yang juga anggota Ibu Sepanjang Hayat turun padang untuk menyokong usaha BSH ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.