Acara buka puasa Braddell Heights hidangkan 'Unity Plate', galak perpaduan antara masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Makanan pelbagai warisan menyatukan para penduduk di Bradelll Heights dalam sebuah acara berbuka puasa.
Para penduduk dijamu juadah berbuka khas dinamakan 'Unity Plate', yang terdiri daripada makanan berbilang kaum.
Ia merangkumi nasi lemak, bak chang, karipap dan kurma.
Menurut Pengerusi Penganjur Suhaimi Yusof, sedang dunia berdepan dengan pergolakan, acara tersebut diharap dapat menyatupadukan penduduk di kawasan itu.
"Bila kita lihat, ia bukan setakat makanan, ia satu penyerapan dalam diri untuk mengatakan bahawa kita ini seperti juadah berbuka puasa. Berbeza-beza tapi bersatu. Itu konsep 'unity plate', kesatuan dalam satu pinggan," jelas Encik Suhaimi.

Bagi penduduk bukan Melayu/Islam, ia merupakan satu peluang untuk memahami lebih baik tentang budaya Melayu dan amalan berpuasa.
"Kami dapat memahami dengan lebih mendalami tentang budaya dan warisan jiran-jiran kami daripada masyarakat Melayu, dan betapa pentingnya bulan Ramadan bagi mereka," kata penduduk Braddell Heights, Sophia Sim.
Selain itu, penduduk turut mengikuti perkongsian oleh Mantan Timbalan Mufti, Dr Mohammad Hannan Hassan dan agensi perkhidmatan sosial Demensia Singapura serta Persatuan Kebudayaan Hui Hui Singapura.
Acara itu juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Braddell Heights bersama Persatuan Rakyat (PA) sempena sambutan ulang tahun ke-50 Braddell Heights, pada Sabtu (7 Mac).
Turut hadir di acara tersebut ialah Speaker Parlimen dan Penasihat GRO GRC Marine Parade-Braddell Heights, Seah Kian Peng serta Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.