Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara berkaitan kerja sehingga 1,000 peserta dibenarkan mulai 3 Jan

Mulai Isnin (3 Jan), syarikat-syarikat dibenarkan mengadakan acara berkaitan kerja dengan sehingga 1,000 peserta, selagi mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa dan mematuhi syarat-syarat tertentu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Sabtu (1 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Acara berkaitan kerja sehingga 1,000 peserta dibenarkan mulai 3 Jan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2022 05:19PM Dikemas Kini : 01 Jan 2022 05:28PM

SINGAPURA: Mulai Isnin (3 Jan), syarikat-syarikat dibenarkan mengadakan acara berkaitan kerja dengan sehingga 1,000 peserta, selagi mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa dan mematuhi syarat-syarat tertentu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Sabtu (1 Jan).

Buat masa ini, acara berkaitan kerja dibenarkan dengan had sehingga 50 peserta dan sebarang makanan disediakan secara sampingan. Ini bagi acara-acara seperti retreat korporat, latihan kakitangan atau mesyuarat tahunan.

Mulai Isnin, acara berkaitan kerja lebih besar yang disertai antara 51 dengan 1,000 peserta boleh diadakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

- Pelitup wajib dipakai pada setiap masa di acara itu. Lebih khusus lagi, tiada makanan atau minuman dibenarkan di acara itu.

- Peserta tidak boleh bergaul (harus duduk atau berdiri di tempat yang tetap)

- Peserta tertakluk kepada langkah pengurusan selamat vaksinasi dibezakan

- Peserta harus mengekalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan perlu berada dalam zon sehingga 100 peserta bagi setiap zon, dengan jarak dua meter antara setiap zon

Penganjur acara lebih besar sedemikian harus memaklumkan kepada pihak berkuasa menerusi borang online di laman https://go.gov.sg/submit-wre-mice.

Perubahan itu akan memberi perniagaan lebih banyak kelonggaran untuk menganjur acara-acara berkaitan kerja seperti mesyuarat tidak formal, pertemuan dan acara awam atau majlis penyampaian anugerah, menurut MOM dan MTI, sambil menambah bahawa pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan mengejut dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap perniagaan yang melanggar peraturan.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan