Acara berjalan kaki berskala kecil, impak kesedaran barah tetap besar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah demi langkah membawa mesej kesedaran tentang barah.
Itulah yang dilakukan sekitar 100 peserta daripada pelbagai latar belakang yang turun padang bagi acara tahunan 'World Cancer Walk' kelolaan Persatuan Ain pada Ahad (12 Jan).
Persatuan Ain mewakili Singapura dalam inisiatif sedunia itu untuk menyokong para pesakit, bekas pesakit barah dan keluarga mereka.

Suasana hiruk pikuk pada Ahad (11 Jan) tepat pada 9.30 pagi sudah dirasakan di kawasan Haig Road Extension di Singapura.
Di situlah para peserta yang terdiri daripada klien Persatuan Ain serta anggota keluarga mereka, mula berjalan kaki sepanjang dua kilometer selama sejam.
Acara berjalan kaki sedunia itu melibatkan lebih 250 bandar di seluruh dunia.
Setiap bandar yang terlibat akan diberikan tempoh sejam untuk berjalan.
Bermula di New Zealand, acara 'World Cancer Walk' itu akan 'bergerak' selama 24 jam dan berakhir di Alaska.

Ia merupakan penyertaan ketiga Persatuan Ain dalam inisiatif tersebut.
"Ini tanda daripada Persatuan Ain dan juga para pesakit barah dan penjaga mereka di Singapura menyatakan bahawasanya kesemua pesakit barah di seluruh dunia, mereka tidak bersendirian," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail.

"PESAKIT BARAH TIDAK KESEORANGAN" - MESEJ INGIN DIKETENGAH PESERTA 'WORLD CANCER WALK'
Antara peserta yang menyertai 'World Cancer Walk' tahun ini ialah Cik Siti Arfah Rahmat, yang hadir bersama suaminya, Encik Muhd Zulkifli Abdul Hamid.

Pasangan itu ingin memberi sokongan kepada anak mereka, Muhd Syazwan Muhd Zulkifli.
Anak mereka yang berusia 17 tahun itu disahkan menghidap leukemia sejak usia sembilan tahun.
Muhd Syazwan kini masih menjalani rawatan intravenous immunoglobulin (IVIG).
Cik Siti Arfah berkongsi bahawa kehadiran keluarganya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai realiti pesakit barah yang memerlukan sokongan jangka panjang.
"Kami rasa sebagai keluarga, kami patut memberi tahu pada orang ramai bahawa barah ini adalah sakit jangka panjang. Jadi, kalau boleh, kita mesti beri sokongan moral dan jangan biarkan pesakit ini menyerah," ujarnya dengan sebak.
Muhd Syazwan yang merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik pula melahirkan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diberikan ibu bapanya.
“Saya rasa gembira kerana ibu bapa saya sentiasa menyokong dari belakang. Saya sangat bersyukur mereka sentiasa ada membantu saya menghadapi kesusahan,” jelasnya.
Seorang lagi peserta, Cik Tuty Ayu Ibrahim, 51 tahun, turut menyuarakan rasa terharu melihat sokongan padu yang diberikan kepadanya dan pesakit lain senasib dengannya.
Beliau yang menghidap barah payu dara sejak dua tahun lalu, kini sedang menjalani rawatan radioterapi.

Walaupun berkerusi roda, Cik Tuty tetap turun padang menyertai acara itu.
Beliau ditemani anaknya yang menolak kerusi rodanya sepanjang acara berjalan kaki tersebut.
"Saya percaya kita bukan keseorangan. Saya sangat percaya dan yakin yang kami pesakit ini, kami harus kuat dan tabah menghadapi segala dugaan yang Allah duga kita," ujar Cik Tuty.
PENGLIBATAN KALI INI LEBIH KECIL DAN INTIM UNTUK GALAK INTERAKSI LEBIH BERMAKNA
Meskipun jumlah peserta bagi acara itu kali ini adalah yang terendah sejak 2024, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail berkata bahawa sokongannya tetap memberangsangkan.

Encik Md Yusof berkata: "Ramai masjid dan kumpulan daripada korporat ingin menyertai bersama. Tetapi malangnya, kami kecilkan untuk tahun ini. Jadi, ini jelas menunjukkan ketara sekali bahawasanya ramai dah mula sedar dan ingin sama-sama turun padang menyokong para pesakit barah dan penjaga mereka."
Penglibatan dalam 'World Cancer Walk tahun ini bersifat lebih intim, sejajar dengan keinginan para klien untuk berinteraksi dengan lebih mendalam sesama mereka.
Selain itu, faktor cuaca yang tidak menentu dalam tempoh bulan Januari juga mendorong Persatuan Ain untuk mengurangkan skala acara tersebut tahun ini.

Tambah Encik Md Yusof, sekiranya pendekatan baharu itu diterima baik oleh para peserta, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk terus menganjurkan acara tersebut dalam skala yang sama pada masa hadapan.
70% PESERTA KEMPEN KESEDARAN BARAH KENDALIAN PERSATUAN AIN SEJAK 3 TAHUN, TERDORONG BUAT SARINGAN AWAL
Acara tahunan 'World Cancer Walk', adalah sebahagian daripada kempen Kesedaran Barah, yang giat dikendalikan Persatuan Ain sejak tiga tahun lalu.

Kempen itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemeriksaan saringan barah dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura.
Menurut Encik Md Yusof, 70 peratus daripada sekitar 600 peserta kempen tersebut terdorong untuk membuat saringan awal bagi penyakit barah.
Perangkaan tersebut dirakam oleh Persatuan Ain menerusi satu acara saringan barah pada Jun tahun lalu.
"Daripada kempen tiga tahun itu, mendapat maklum balas daripada masyarakat Melayu Islam terutamanya mereka, lebih 70 peratus terbuka dan lebih terdorong untuk membuat saringan. Boleh dikatakan berjayalah apa yang kami lakukan selama ini," kata Encik Md Yusof.

Dalam pada itu, beliau berharap bahawa masyarakat akan terus lagi memperkukuh sokongan dan dorongan yang diperlukan kepada pesakit barah, bahkan dari segi moral dan emosi.
"(Penyakit) barah ini bukan masalah perubatan dan rawatan sahaja tapi ia merangkumi lebih luas. Maknanya seseorang pesakit barah itu sendiri akan mengalami tekanan mental, emosi dan juga kalau kita tahu masyarakat kita ini lebih tertekan kepada kewangan untuk menampung kos rawatan.
"Jadi, saya menyeru kepada semua masyarakat. Setidak-tidaknya sokongan itu hanya cukup kita bersama dengan pesakit barah, mendengar rintihan dan penderitaan yang mereka lalui," jelas Encik Md Yusof.
Kempen Kesedaran Barah Persatuan Ain juga merangkumi acara-acara seperti Konsert Irama Perjuangan, serta juga acara-acara pendampingan masyarakat di Singapore EXPO.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.