Acara berjalan kaki 200km bagi raikan 200 tahun S'pura
Meraikan 200 tahun negara dengan cara yang sihat.
SINGAPURA: Meraikan 200 tahun negara dengan cara yang sihat.
Begitulah yang dilakukan para anggota Kelab Masyarakat Geylang Serai dan Singapore Masters Athletics (SMA) dengan menganjurkan acara berjalan kaki paling jauh negara ini iaitu sepanjang 200 kilometer.
Anggota Parlimen GRC Marine Parade Dr Fatimah Lateef melepaskan para peserta acara malam semalam (29 Dis) di Taman East Coast.
Lebih daripada itu, beliau juga turut menyertai acara tersebut.
"Idea ini tercetus sebab kita mahu menyambut 200 tahun bersama-sama dan juga untuk masyarakat dan penduduk-penduduk kita, terutama sekali di Geylang Serai bersama-sama melakukan 'fun walk' dan 'competitive walk'. Jadi kita mahu menyambut bersama-sama dan mahu menggalakkan kehidupan dan gaya hidup sihat," menurut AP GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef.
Beliau menyertai acara itu di bawah kategori wanita 4 kali 50 kilometer. Kategori itu adalah antara enam kategori bagi acara jalan 200km.
Secara keseluruhan, tujuh rekod negara dijangka akan dicatat daripada keenam-enam kategori.
Ini termasuk masa terpantas untuk menamatkan 200 kilometer.
Pihak penganjur menyatakan bahawa setiap kilometer menandakan setiap satu tahun penubuhan Singapura.
Acara itu dijadualkan berakhir esok (31 Dis) - sehari sebelum tibanya tahun baru iaitu ulang tahun ke-200 Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.