Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara berbasikal tanpa henti Santini 600 kumpul dana bagi sokong Kelab Rainbow

Anggaran Waktu Membaca:
Acara berbasikal tanpa henti Santini 600 kumpul dana bagi sokong Kelab Rainbow

(Gambar: Santini Singapore)

Diterbitkan : 25 Dec 2021 05:41PM Dikemas Kini : 25 Dec 2021 05:57PM

SINGAPURA: Satu acara berbasikal selama 24 jam bakal berlangsung di bahagian timur negara esok (26 Dis) dalam usaha mengumpul dana untuk menyokong sebuah badan amal kanak-kanak.

Santini Singapore akan melancarkan acara berbasikal sulungnya, Santini 600, yang melibatkan tiga pengayuh basikal - Ronald Buder, Pluto Gasanova dan Boaz Wibowo - dengan menyasarkan kutipan dana S$10,000 untuk disalurkan kepada Kelab Rainbow.

Bermula dari kafe Ciclo e Caffe di Changi Village, ketiga-tiga pengayuh basikal itu akan merenggangkan otot mereka semalaman, dengan masing-masing mengayuh basikal sepanjang 600 kilometer tanpa henti dalam tempoh 24 jam.

Usaha murni itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kerja-kerja murni yang dijalankan oleh Kelab Rainbow serta ibu bapa mahupun penjaga kepada kanak-kanak di bawah naungan kelab tersebut.

Anggota Parlimen GRC Keat Hong, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, akan turun padang selaku tetamu terhomat dan akan memberi isyarat permulaan acara berbasikal itu pada jam 3.00 petang.

Acara berbasikal amal Santini 600 adalah salah satu inisiatif di bawah kempen "Make a Difference" Santini Singapore untuk menyumbang semula dan membawa satu perubahan kepada masyarakat.

Melalui acara berbasikalnya, ia diharap dapat menggalak dan menghulurkan bantuan bagi tujuan-tujuan berkaitan kesihatan mental, alam sekitar serta kebajikan kanak-kanak.

Satu lagi usaha berterusan Santini Singapore bagi menyokong masyarakat setempat adalah komitmennya untuk menyalurkan sebahagian hasil daripada jualan tahunan pakaian Santini di Singapura kepada Tabung Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (CWDF) pertubuhan akar umbi di pelbagai Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC).

Kutipan dana dilakukan menerusi pautan https://www.giving.sg/club-rainbow-singapore/santini_600, yang akan terus dibuka sehingga 15 Februari.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan