Skip to main content

Singapura

Acara bazar Ramadan online "Bazaar Kita" kembali lagi tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Mar 2022 10:00PM Dikemas Kini : 26 Mar 2022 08:25PM

SINGAPURA: Acara bazar Ramadan online "Bazaar Kita" kembali lagi tahun ini selepas dilancarkan di WGS hari ini (25 Mac).

Tahun ini, acara tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan penganjuran "Pasaran Bazaar Kita", yang merupakan bazar fizikal kecil-kecilan.

Ia bertujuan untuk melengkapi pengalaman online dengan peluang bagi para pelanggan dan peniaga berinteraksi sambil menghidupkan lagi suasana bernostalgia menjelang Lebaran tahun ini.

Acara bazar Ramadan online "Bazaar Kita" pada tahun lalu mendapat penyertaan lebih 120 peniaga, dengan kerjasama syarikat e-dagang seperti Shopee, GrabMart dan Bungkus.

Nilai penjualan pula melebihi $600,000.

Portal "Bazaar Kita" yang menampilkan pilihan makanan dan kedai runcit, sumbangan amal dan macam-macam lagi juga menerima lebih 25,000 kunjungan tahun lalu.

"Ia meluaskan wadah bazar ataupun bagaimana mereka boleh mendapatkan ruang pengalaman yang lebih luas dan ini adalah satu aspek di mana kita boleh meningkatkan tahap interaksi di kalangan pelanggan dan juga peniaga dan sekaligus memberikan ruang perniagaan, ruang pengalaman yang nostalgia kepada rakan-rakan dan masyarakat kita supaya mereka bukan hanya dapat pengalaman baru secara online tetapi dapat merasakan kalau mereka mahu datang ke Wisma Geylang Serai untuk menikmati suasana dan membeli belah untuk barang-barang Ramadan dan Hari Raya," ujar Dr Faishal Ibrahim.

Sumber : Agensi berita/IA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita