Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara amal President's Star Charity kumpul jumlah rekod S$10.9 juta

Acara amal President's Star Charity telah berjaya mengumpulkan jumlah rekod sebanyak S$10.9 juta sehingga Ahad malam (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Acara amal President's Star Charity kumpul jumlah rekod S$10.9 juta
Diterbitkan : 10 Oct 2021 11:12PM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 11:21PM

SINGAPURA: Acara amal President's Star Charity telah berjaya mengumpulkan jumlah rekod sebanyak S$10.9 juta sehingga Ahad malam (10 Okt).

Acara itu adalah sokongan Mediacorp kepada Dana Cabaran Presiden.

Pertunjukan tahun ini memberi tumpuan pada usaha mengubungkan penduduk menerusi teknologi.

Para penonton disajikan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan bakat golongan kurang upaya termasuk tarian berkerusi roda dan menghasilkan lukisan dengan menggunakan teknologi kawalan suara.

Hasil kutipan Cabaran Presiden tahun ini akan membantu 93 agensi, jumlah tertinggi dalam sejarahnya.

Orang ramai masih boleh menghulurkan derma sehingga 17 Okt.  

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan