Abyan Imtiaz Irkriz jadi warga SG termuda sampai ke Kem Pangkalan Gunung Everest

(Gambar: Instagram/abyan.irkriz)
Ini apabila kanak-kanak berusia 5 tahun itu dan bapanya Encik Zikri Ali selamat tiba di Kem Pangkalan Gunung Everest sekitar 5 petang waktu tempatan pada Isnin (29 Apr).
Lebih membanggakan, pasangan anak beranak itu menamatkan ekspedisi lapan hari mereka ke Kem Pangkalan Gunung Everest yang terletak lebih 5,300 meter di atas paras laut dua hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
HADIAH ULANG TAHUN KE-6
Ia juga bak hadiah awal hari ulang tahun Abyan yang ke-6 pada Jun ini.
Ini kerana beliau berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Om Madan Garg, yang berjaya menjejaki Kem Induk Selatan pada Oktober 2022 ketika beliau berusia 6 tahun.
Ibu Abyan, Cik War War Lwin Tun berkata Presiden Buku Rekod Singapura, Encik Ong Eng Huat telah
menghubungi beliau sekitar 10 malam semalam (29 Apr) untuk mengesahkan pencapaian tersebut.

"Namun, kadar oksigen bertambah baik dan mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Kem Pangkalan Everest sekitar jam dua petang selepas makan tengah hari."
Cik War War juga berkongsi bahawa Abyan serta bapanya kini dalam keadaan sihat.
"Saya berasa terharu dan bangga kerana beberapa hari ini saya tidak tidur dengan baik kerana tidak dapat menghubungi mereka. Apa yang saya harapkan ialah agar mereka berdua pulang dengan selamat supaya saya dapat memeluk mereka dengan erat," ujar Cik War War dengan nada bangga.
Beliau berharap pencapaian Abyan ini dapat dijadikan inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak.
"Saya harap lebih ramai kanak-kanak dapat memenuhi impian mereka, dan lebih ramai ibu bapa dapat membantu anak mereka mencapai impian mereka dengan memberi sokongan. Kami mengambil beberapa risiko untuk melakukan ekspedisi ini, namun kami membuat pertimbangan dan perancangan yang teliti untuk mengurangkan sebarang risiko," jelas Cik War War.
Encik Zikri dan Abyan dijadualkan untuk pulang ke Singapura pada 11 Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.