Abdul Razak Maricar penerima Melayu pertama anugerah berprestij Liga Muslim Kadayanallur SG
Itulah antara sumbangan tidak ternilai Encik Abdul Razak Maricar selama hampir dua dekad yang diiktiraf oleh Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML) dalam edisi ke-17 acara Umar Pulavar Ninaivu Arangam pada Sabtu (27 Apr).
Anugerah Umar Pulavar 2024 yang diberikan itu merupakan penghormatan tertinggi bagi mengiktiraf sumbangan individu yang memainkan peranan besar dalam pembangunan masyarakat Muslim India di sini.
"Apa yang saya boleh lakukan adalah kerana tugas yang saya galas, jadi saya berterima kasih kepada MUIS kerana saya berada dalam kedudukan di mana saya boleh melakukan sesuatu untuk menaiktarafkan masyarakat Muslim India dan juga memenuhi keperluan sosioagama mereka.
Beliau turut menarik perhatian akan kemajuan memberangsangkan yang dicatat oleh masyarakat Muslim India di Singapura.
"Masyarakat Indian Muslim saya boleh katakan dari masa ke masa telah menunjukkan banyak kemajuan.
"Mereka sangat menekankan keperluan pendidikan dan juga peningkatan kemahiran, sama seperti masyarakat-masyarakat lain. Jadi apa yang kami lakukan adalah untuk memberi sokongan kepada keperluan-keperluan yang mereka ingin mencapai," tambah beliau.
Menurut SKML, Encik Abdul Razak merupakan penerima berbangsa Melayu pertama anugerah berprestij itu sejak ia dimulakan pada 2007.
Anugerah A. N. Maideen pula diberikan kepada Encik Yusof Shahul Hamid atas sumbangannya sebagai penasihat SKML.
Selain mengiktiraf individu cemerlang, acara itu juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara anggota SKML dalam masyarakat.
"Perhimpunan sebegini membolehkan SKML untuk memperkukuh hubungan dengan anggota kami dan hari ini sekitar 300 anggota hadir pada acara. Ramai di antara mereka merupakan anggota SKML. Jadi ini membolehkan kami untuk berinteraksi dan mereka lebih kenali pertubuhan ini, " kata Presiden Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML), Raj Mohamed.
TEMA FESTIVAL BAHASA TAMIL 2024 - ' YOU CAN BE A POET'
Dengan tema 'You can be a Poet', ia juga menggalak lebih ramai anak muda untuk terus melestarikan dan mencintai bahasa bersempena Festival Bahasa Tamil 2024.
"Jadi setiap tahun kami akan membentuk sebuah program yang sesuai mengikut tema festival tahun ini. Jadi tahun ini, temanya adalah keindahan. Jadi kami ingin menghasilkan sebuah program yang memberi penekanan kepada keindahan bahasa Tamil dengan meneroka puisi dalam bahasa Tamil, " kongsi Pengerusi Acara, Encik Ameer Roshan.
Antara aktiviti yang diadakan adalah bengkel untuk membimbing para pelajar cara menulis puisi serta peraduan mendeklamasi puisi.
Lebih dari 90 pelajar daripada hampir 40 sekolah menengah di merata Singapura diundang untuk menghantarkan karya puisi mereka bagi peraduan itu.
"Para pelajar adalah masa hadapan Singapura dan mereka harus sedar akan keindahan bahasa dan kami sangat gembira acara ini menyasarkan mereka dan dengan maklum balas yang kami terima hari ini, kami yakin para pelajar akan meraih manfaat daripada program ini dan boleh lebih menghargai bahasa," ujar Encik Ameer.
Mereka juga diberikan bimbingan daripada penulis veteran Encik Irai. Mathialagan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.