98% kes disiasat oleh Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak berjaya satukan semula, bolehkan anak tinggal bersama ibu bapa
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Sekitar 98 peratus kes yang disiasat Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak (CPS), berjaya membantu kanak-kanak untuk kembali tinggal bersama ibu bapa mereka atau disatukan semula dengan keluarga mereka.
Sesetengah daripada mereka pula masih dalam proses disatukan semula dengan ibu bapa mereka, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Selasa (7 Nov) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
Dalam keadaan di mana kanak-kanak tersebut masih tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka, sebuah rancangan keselamatan dilaksanakan, yang mungkin melibatkan individu di luar keluarga tersebut - seperti saudara-mara, jiran tetangga atau sekolah - yang mengunjungi keluarga tersebut secara berkala.
Pada Isnin (6 Nov), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata dalam responsnya kepada AP Louis Ng (PAP-Nee Soon) bahawa kira-kira 2 peratus kes yang disiasat CPS, menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat pulang ke rumah kerana keluarga kandung mereka dinilai tidak layak untuk menjaga kanak-kanak itu dengan selamat.
Sebab kanak-kanak tersebut tidak dapat disatukan semula dengan keluarga mereka termasuk ibu bapa mereka berada di penjara, keadaan kesihatan mental ibu bapa mereka yang serius, atau keengganan ibu bapa itu untuk menyediakan sekitaran yang selamat bagi anak mereka, meskipun sudah ditawarkan intervensi dan sokongan oleh pakar.
Dalam satu jawapan berasingan pada Selasa, Encik Masagos berkata kanak-kanak dalam penjagaan alternatif akan hanya dikembalikan kepada keluarga mereka, setelah kebimbangan berhubung keselamatan dan risiko ditangani menerusi campur tangan, di samping keluarga tersebut menunjukkan "kemajuan positif" ke arah usaha disatukan semula.
CPS menyiasat kes melibatkan penderaan serius atau pengabaian kanak-kanak dan orang muda.
Menurut data terkini yang didedahkan, jumlah kes yang disiasat CPS meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini - daripada 415 kes pada 2011 kepada 2,141 kes pada 2021.
Hampir 800 kes pada 2021 disiasat kerana penderaan fizikal, manakala lebih 440 kes bagi penderaan seksual.
SISTEM JAGAAN KELUARGA TITIPAN
Sistem jagaan keluarga titipan mendapat perhatian baru-baru ini menyusuli jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dibicarakan di mahkamah yang meningkat tahun ini.
Kes terbaharu yang berprofil tinggi melibatkan seorang mangsa berusia 2 tahun, dikenali sebagai Umaisyah, yang jasadnya yang hangus dibakar ditemui dalam sebuah periuk keluli. Bapanya, seorang warga Singapura berusia 35 tahun, pada bulan lalu dijatuhi hukuman penjara 21 tahun 6 bulan dan sebat 18 kali kerana membunuhnya.

Umaisyah diletakkan di bawah penjagaan keluarga titipan pada November 2011 sejak dia berusia sekitar tiga bulan, kerana bapanya ditahan di pusat pemulihan dadah sementara ibunya pula didapati tidak dapat menjaganya.
Umaisyah dipulangkan semula kepada ibu bapa kandungnya pada Jun 2013. Kanak-kanak perempuan itu didera sehingga menyebabkan dia meninggal dunia pada Mac 2014. Pembunuhannya tidak dikesan selama lebih lima tahun.
Banyak soalan muncul di platform online tentang bagaimana nasib kanak-kanak perempuan itu tidak diketahui. MSF sebelum ini menyatakan pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung kes berkenaan kerana prosiding mahkamah bagi ibunya masih berlangsung.
MSF juga sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa apabila seorang kanak-kanak diambil daripada keluarga kandungnya, matlamatnya adalah untuk menyatukan mereka semula. Sementara beberapa keluarga dapat disatukan semula dalam masa setahun, yang lain mengambil masa sehingga tiga tahun secara purata.
CPS akan menyiasat atau campur tangan dalam situasi, di mana seorang kanak-kanak tidak lagi dianggap selamat di bawah jagaan ibu bapa serta warinya.
Apabila terdapat kebimbangan yang berhubung perlindungan kanak-kanak dan ibu bapanya enggan atau tidak dapat memastikan keselamatan anak dalam penjagaan mereka, CPS akan meletakkan kanak-kanak itu dalam penjagaan alternatif - ini termasuk dari keluarga luas atau rakan-rakan.
Jika mereka didapati tidak sesuai, kanak-kanak itu akan diletakkan di bawah jagaan keluarga titipan atau di rumah jagaan kanak-kanak.
CPS akan kemudian bekerja rapat dengan ibu bapa mereka untuk menyatukan semula anak mereka, menurut MSF.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.