Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

960 kes baru COVID-19 di S'pura hari ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 960 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (13 Jan), termasuk 479 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 549 kes baru varian Omicron disahkan hari ini -  366 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 183 lagi adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 13 Jan: 960 berbanding 882 pada Rabu (12 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 481
Kes import: 479
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 289,085

KEMATIAN

Kes kematian pada 13 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 839

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.43, merosot berbanding 1.60 pada Rabu.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. 

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 172 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 167 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 14
Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 850 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 89 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 49 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan