950,000 keluarga di HDB terima rebat baucar GST pada Januari
Sekitar 950,000 keluarga rakyat Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save Baucar GST suku tahunan pada Januari.
Flat-flat HDB di Singapura. (Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Sekitar 950,000 keluarga rakyat Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save Baucar GST suku tahunan pada Januari.
Sebelum ini pada April dan Julai 2021, keluarga-keluarga tersebut sudah menerima bayaran khas yang sebanyak 50 peratus daripada rebat biasa U-Save mereka bagi tahun kewangan itu, menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (1 Jan).
Bayaran tetap dan bayaran khas itu secara keseluruhannya berjumlah S$460 juta dalam rebat U-Save bagi tahun kewangan ini, menurut MOF.
Keluarga yang tinggal di flat HDB satu bilik dan dua bilik akan menerima rebat yang berjumlah setara dengan bil api air sekitar empat bulan setengah hingga enam bulan untuk tahun kewangan ini, termasuk bayaran khas dan rebat yang diberikan pada bulan ini.
Keluarga yang tinggal di flat HDB tiga dan empat bilik akan menerima rebat yang berjumlah setara dengan bil api air sekitar satu bulan setengah hingga tiga bulan.
Rebat yang akan diterima oleh keluarga-keluarga tersebut bagi tahun kewangan ini adalah seperti berikut:
Bayaran khas U-Save itu adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan bernilai S$900 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2021.
Pakej itu diperkenalkan untuk memberikan sokongan tambahan kepada keluarga-keluarga semasa keadaan tidak menentu di tengah-tengah pandemik COVID-19, dengan keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan menerima lebih banyak bantuan.
Belanjawan Negara 2022 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong pada 18 Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.