950,000 isi rumah HDB bakal terima Rebat U-Save pada Jan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 950,000 isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) warga Singapura akan menerima rebat pada Januari.
Ini bagi meringakan beban kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selain cukai karbon dan harga air yang turut sama meningkat.
Mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik akan menerima jumlah tertinggi rebat, sebanyak S$210.
Sementara mereka yang tinggal di flat-flat tiga bilik dan lebih besar pula akan menerima antara S$130 hingga S$190 untuk utiliti dan rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) bernilai separuh hingga sebulan.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Rebat U-Save dapat menampung bil utiliti antara lapan hingga sepuluh bulan bagi mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik.
Manakala pemilik flat tiga dan empat bilik pula menerima rebat bernilai empat hingga enam bulan.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.