Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

950,000 isi rumah HDB akan terima Baucar GST - rebat U-Save pada April

Anggaran Waktu Membaca:
950,000 isi rumah HDB akan terima Baucar GST - rebat U-Save pada April

Flat HDB Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Sekitar 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima baucar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) suku tahunan-U-Save dan rebat Baucar GSTV serta bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) mereka pada April.

Bayaran tersebut adalah sebahagian daripada skim Baucar GST (GSTV) dipertingkat yang dijadikan satu komponen tetap di bawah Pakej Bantuan Keluarga yang diumumkan semasa Belanjawan 2022 pada Februari.

Ia bagi menyediakan "bantuan berterusan" bagi mengatasi perbelanjaan GST isi rumah pendapatan rendah hingga pertengahan, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis (31 Mac).

Di bawah skim GSTV dipertingkat, isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV - S&CC untuk membiayai 1.5 bulan hingga 3.5 bulan yuran S&CC mereka bagi setiap tahun.

Ia diagihkan pada April, Julai, Oktober tahun ini dan Januari depan, kata MOF.

Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Februari berkata Baucar GST - rebat U-Save pada tahun ini akan digandakan.

Jumlahnya bersamaan dengan kira-kira lapan bulan hingga 10 bulan bil api air bagi isi rumah yang tinggal di flat HDB 1 dan 2 bilik, tambah Kementerian Kewangan lagi.

Bagi purata isi rumah yang tinggal di flat 3 dan 4 bilik, jumlahnya boleh menampung sekitar empat hingga enam bulan bil api air.

GSTV - Rebat U-Save untuk setiap jenis flat HDB. (Gambar: Ministry of Finance)

Keluarga yang anggota keluarganya memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak bagi GSTV – U-Save, kata MOF.

Rebat tambahan akan dikredit kepada isi rumah yang layak pada masa yang sama mereka menerima GSTV biasa - U-Save.

Bagi rebat GSTV - S&CC, ia akan dimasukkan terus ke dalam akaun S&CC isi rumah, yang diuruskan Majlis Bandaran masing-masing. Isi rumah tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk mendapat manfaat daripada rebat tersebut.

Isi rumah tanpa pemilik atau penghuni flat warganegara Singapura dalam flat berkenaan, pemilik flat atau penghuni utamanya memiliki atau mempunyai sebarang kepentingan dalam hartanah privet, atau menyewakan keseluruhan flat, tidak layak mendapat rebat S&CC.

Penduduk boleh menyemak atau bertanya tentang kelayakan mereka menerima rebat GSTV - S&CC dengan log masuk ke My HDBPage dengan menggunakan Singpass mereka. Mereka yang mempunyai pertanyaan khusus mengenai pembayaran S&CC isi rumah mereka atau status akaun boleh menghubungi Majlis Perbandaran masing-masing.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai GSTV - U-Save, penduduk boleh menghubungi SP Group di 6671 7177 atau e-mel customersupport [at] spgroup.com.sg.

Sumber : CNA/SU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan