Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

950,000 keluarga flat HDB terima rebat baucar GST bulan ini

Sekitar 950,000 keluarga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima baucar rebat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) U-Save pada bulan Oktober, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
950,000 keluarga flat HDB terima rebat baucar GST bulan ini

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 01 Oct 2021 01:31PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 01:34PM

SINGAPURA: Sekitar 950,000 keluarga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima baucar rebat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) U-Save pada bulan Oktober, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (1 Okt).

Keluarga tersebut juga sebelum ini sudah menerima bayaran khas U-Save sebanyak tambahan 50 peratus daripada bayaran biasa rebat U-Save yang diberikan pada tahun kewangan ini, yang dibayar pada April dan Julai.

Secara keseluruhannya, rebat sebanyak S$460 juta akan diagihkan pada tahun kewangan ini menerusi bayaran biasa rebat U-Save dan bayaran khas rebat U-Save yang akan membantu keluarga menampung perbelanjaan keluarga mereka.

Bayaran khas U-Save adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan untuk memberi bantuan tambahan kepada keluarga sewaktu tempoh tidak menentu ini. Ia diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada Februari. Keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana akan menerima lebih banyak bantuan.

Bagi keluarga yang tinggal di flat satu dan dua bilik, mereka akan menerima bayaran biasa rebat U-Save sebanyak S$100. S$90 akan diberikan kepada mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik manakala keluarga yang tinggal di flat lima bilik akan menerima S$70 dan S$60 bagi mereka yang tinggal di apartmen ekeskutif serta flat berbilang generasi.

(Sumber: MOF)

Biasanya, mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik HDB menerima rebat U-Save berjumlah kira-kira tiga hingga empat bulan bil air dan elektrik mereka.

Bersama dengan bayaran khas U-Save, keluarga tersebut akan mendapat rebat sebanyak sekitar empat setengah hingga enam bulan bil air dan elektrik mereka tahun ini, menurut MOF.

Bagi keluarga yang tinggal di flat tiga dan empat bilik HDB pula, rebat U-Save yang mereka dapat biasanya berjumlah sekitar satu hingga dua bulan bil api air mereka. Tahun ini, mereka akan mendapat bantuan sekitar satu setengah hingga tiga bulan bil api air mereka.

Isi rumah dengan anggotanya memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak menerima rebat U-Save.

Mereka yang layak akan menerima bayaran biasa rebat U-save Baucar GST sepanjang empat suku - April, Julai, Oktober 2021 dan Januari 2022.

Bayaran biasa rebat U-Save pada April, Julai dan Oktober termasuk tambahan S$5 bagi setiap suku dari Januari 2019 hingga Disember 2021. Ini diumumkan dalam Belanjawan 2018 bagi mengimbangi kos pengenalan cukai karbon, menurut MOF.

Mulai Januari 2022, keluarga tidak lagi akan menerima tambahan S$5 itu bersama rebat biasa U-Save mereka.

Skim Baucar GST diperkenalkan Pemerintah pada 2012 untuk membantu rakyat Singapura berpendapat rendah dan sederhana untuk mengimbangi sebahagian daripada perbelanjaan GST mereka.

Bagi maklumat lanjut, sila ke www.gstvoucer.gov.sg. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan